Merujuk kepada surat PPM bernombor PPM 48 Jld-2 (021)/2017 bertarikh 1 Jun 2017.
Dengan segala hormat dimaklumkan Boys Scouts of Philippines telah memanjangkan surat jemputan dari Pengerusi Asean Scout Association For Regional Cooperation (ASARC) ke 6th Asean Scout Jamboree pada 27 November – 2 Disember 2017 bertempat di Energy Park, Apokon, Tagum City, Davao Del Norte, Philippines.
2.    Pihak penganjur telah memanjangkan tarikh menghantar permohonan penyertaan iaitu pada 15 Oktober 2017.
 
3.  Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar Tuan/Puan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua pemimpin dan ahli Pengakap (berumur 13 hingga 17 tahun – kuota 1 Pemimpin dan 9 orang Ahli Pengakapdi peringkat Negeri dan Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri.
 
4.  Untuk makluman Tuan/Puan, segala permohonan penyertaan haruslah berdaftar dengan PPM pada tahun 2017, mengemukakan senarai pemimpin dan ahli beserta tempat bertugas (Jika seorang guru/pelajar). Permohonan juga perlu mendapat kebenaran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri diiringi surat sokongan dan permohonan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara bagi mendapatkan kelulusan menyertai program Luar Negara. Tarikh Akhir permohonan ke Ibu Pejabat PPM beserta borang permohonan PPM adalah pada 6 Oktober 2017.
 
Segala kerjasama, bantuan dan perhatian dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.