BINA KEMAHIRAN: Peserta perkhemahan tahunan Pengakap merakamkan kenangan bersama selepas tamat perkhemahan.

JULAU: Pengakap Sekolah Kebangsaan ( SK) Nanga Babai mengadakan perkhemahan tahunan yang bertemakan ‘Scout for Nature Camp 6’ peringkat sekolah bertempat di padang sekolah itu, baru-baru ini.

Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu disertai oleh seramai 74 murid bersama lapan guru.

Perkhemahan bermula dengan sesi pendaftaran dan taklimat, disusuli dengan aktiviti pemasangan khemah.

Pada sebelah malam, dijalankan aktiviti ‘team building’ di mana peserta dibahagikan mengikut kumpulan berkonsepkan RIMUP dan sentiasa bergerak dalam kumpulan sepanjang aktiviti berlangung.

Pagi keesokannya, aktiviti dimulakan dengan aktiviti masakan rimba dan membuat gajet. Penilaian dibuat terhadap masakan, kebersihan dan disiplin sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.

Sementara pada sebelah petang pula, aktiviti stesen dimulakan dan terdapat tujuh stesen yang perlu dihadiri oleh murid iaitu kawad kaki, ikatan, bantu mula, isyarat pengakap, permainan tradisional, dan orientering dijalankan serentak berkon- sepkan ‘station.’

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Julau Asas Ranyaw.

Dalam ucapan, beliau berkata perkhemahan sedemikian memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada peserta.

Di samping itu, katanya, ia juga membantu membina modal insan yang berguna pada masa hadapan.

Turut hadir Guru Besar SK Nanga Babai Jamaluddin Sahari serta Penyelaras Perkhemahan Chendang Kayong.

Sumber Utusan Borneo Sarawak