Kredit FB Pasukan Kelana ‘A’ Daerah Kulim, Kedah

Assalamualaikum dan Salam Pengakap!

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kelana ‘A’ Daerah Kulim akan mengadakan program sempena menyambut bulan Ramadhan tahun ini. Program ini mensasarkan golongan kurang upaya, fakir miskin, keluarga yang tidak berkemampuan dan madrasah ilmu di sekitara kawasan daerah Kulim, Kedah.

Untuk makluman semua, program ini berbentuk kutipan sumbangan berbentuk “BARANGAN MAKANAN/ KEPERLUAN ASAS” di mana barangan yang disumbangkan kepada pihak kami akan disumbangkan kepada golongan sasaran berkenaan.

Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan melalui akaun rasmi pasukan iaitu di BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD atas nama PASUKAN PENGAKAP KELANA ‘A’ DAERAH KULIM, no. akaun 02-057-01-003668-4.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan no telefon seperti di dalam poster yang tertera. Segala kerjasama, bantuan, sokongan yang diberikan amatlah dihargai.

Sama-sama kita membantu komuniti setempat!