Kredit FB PPM Labuan Pengakap

16 April 2017, Ujana Kewangan, WP Labuan

LABUAN: Sejumlah 76 pain darah berjaya dikumpulkan dalam Kempen Derma Darah anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di ruang legar Ujana Kewangan pada 16 April yang lalu.

Jurucakap Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan Skip Rosni Bin Mohd Daud berkata kempen tersebut yang bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga tempatan.

“Penderma datang berkumpul di ruang legar Ujana Kewangan seawal jam 9 pagi bagi pendaftaran dan pemeriksaan jenis darah sebelum mereka mula menderma. Kempen yang diadakan itu bagi menampung kekurangan darah seterusnya memastikan bekalan darah berkenaan mencukupi menjelang musim perayaan.”

Hadir sama dalam kempen tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Pengkap Negeri Dato’ Sri Mohd Alias Bin A. Rahman dimana beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penderma. Kempen ini ditaja oleh Financial Park Labuan & Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee.