Kredit FB PPM Labuan Pengakap

15 April 2017, Restoran Marry Brown, WP Labuan

LABUAN,15 APRIL 2017- BP Guild WP Labuan, dengan kerjasama Marrybrown Labuan telah mengadakan Program Amal Bersamamu bersama 18 orang warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) pada hari ini.

Program yang diketuai oleh Pn Hajah Rokiah Hj Ibrahim, Pengerusi BP Guild WP Labuan bersama Datin Seri Dato’ Norsiah Binti Abdullah,Penaung BP Guild WP Labuan, Encik Hong Heng Chee Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Labuan dan AJK BP Guild WP Labuan.

Seramai 18 orang warga emas yang diketuai oleh Mohamad Salihin bin Mohamad Azmi Pegawai Pembangunan Masyarakat hadir ke Marrybrown Labuan untuk diraikan. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur dan pangkat. Dengan ini juga, Ahli BP Guild WP Labuan turut didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Aktiviti Warga Emas.

Sambil menikmati hidangan, Datin Seri Norsiah Binti Abdullah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada semua warga emas yang hadir.

Marrybrown Labuan merupakan rakan kerjasama BP Guild WP Labuan, dalam program ini,telah menghiburkan warga emas yang hadir dan menambah kemeriahan dan keceriaan lagi dengan aksi-aksi yang digayakan oleh mascot Chipmunk.