LABUAN – Persekutuan Pengakap Malaysia, W.P Labuan akan menghantar kontinjen ke Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 22, pada 19 hingga 23 Mac 2017 yang bertempat di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan Gadong Brunei Darussalam. Kontinjen tersebut terdiri daripada 3 orang Pemimpin dan 30 orang ahli pengakap serta 7 orang pemerhati.

Majlis penyampaian bendera negeri kepada Ketua Kontinjen Skip Dyana Martin telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Alias Bin A. Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri pada 11 Mac 2017 yang lalu dalam satu majlis ringkas bertempat di SMK Mutiara. Acara tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee dan beberapa Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang hadir.

Dato’ Sri Alias dalam ucapannya berkata peranan ahli pengakap Labuan selaku duta kecil negara memainkan peranan penting dalan usaha mengukuhkan hubungan bilateral diantara Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dengan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam semenjak termeterainya perjanjian memorandum persefahaman pada 28 Febuari 2016 yang lalu. Penglibatan ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan lagi hubungan dan pertukaran kemahiran, ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam ilmu pengakap menerusi kerjasama dengan persekutuan-persekutuan pengakap serantau.

Sumber FB PPM Labuan Pengakap1313