Choose your language

ms Malay ar Arabic zh-CN Chinese (Simplified) en English id Indonesian ja Japanese th Thai
Sign in to your account
?
?

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga ke 12 Mei 2020, banyak keluarga berpendapatan rendah tidak mempunyai sebarang pendapatan selepas PKP dilaksanakan.

Aktiviti ini dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Heng Soo Peng dan dilaksanakan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Bukit Mertajam, Tuan Lau Wai Seng dan mendapat sokongan penuh Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang serta Tuan Tan Sow Sung, Pesuruhjaya Daerah Bukit Mertajam.

Aktiviti ini bertujuan untuk Majlis Pengakap Daerah Bukit Mertajam memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan dan sumbangan daripada para peniaga dan orang ramai untuk menyediakan bantuan makanan untuk golongan yang mermerlukan yang hilang pendapatan dalam tempoh PKP ini.

ADUN Berapit YB Heng Lee Lee merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Majlis Pengakap Derah Bukit Mertajam yang komited dan bertungkus-lumus untuk mendapatkan dana yang begitu banyak. Beliau juga berkata, Pengakap Negeri Pulau Pinang memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dalam menunjukan semangat menolong orang pada setiap masa. Beliau juga merupakan ahli pengakap semasa di bangku sekolah berasa sangat bangga kerana beliau boleh bersama pengakap dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Aktiviti kali ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM13000 untuk menyediakan makanan serta keperluan dapur untuk 300 keluarga.

Yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini
Tuan Heng Soo Peng
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang

Tuan Ong Ewe Keat
Ahli Majlis Pengakap Negara

Tuan Lau Wai Seng
Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Bukit Mertajam

Tuan David Khoo-Choon Yi
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bukit Mertajam

#stayhome #scoutsforlife #pengakapdudukrumah

'Pengakap Mentransformasi Generasi'

#pengakap
#pengakapmalaysia
#mediarasmippm
#scouts
#scoutinginAPR
#malaysianscouts
#myscoutshop
#kamipengakapmalaysia
#salampengakap
#minigalerirumahB_P
#9m2ppm

 

WhatsApp_Image_2020-04-26_at_7.05.09_PM.jpeg

WhatsApp_Image_2020-04-26_at_7.05.10_PM.jpeg

JF Mobile Menu Pro