14hb. Sept 2019 – Rumah B-P, Kuala Lumpur telah diadakan satu Majlis Tahlil Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh (KPN) di Dewan Templer, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sempena Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara. Majlis Tahlil tersebut telah dihadiri seramai 40 orang barisan kepimpinan tertinggi dan pegawai dari PPM. Tan Sri Ketua Pengakap Negara (KPN) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang jam 9.30 pagi meninggalkan seorang balu, Puan Sri Prof Emeritus Dr Mizan Adilah Ibrahim dan tiga orang anak. Banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Allahyarham termasuk membawa perpindahan Ibu Pejabat World Organisation of Scout Movement (WOSM) dari Geneva ke Kuala Lumpur. Salam takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


Disediakan oleh,

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Slide1

Slide2

Slide3

JF Mobile Menu Pro