Kuala Lumpur :

pengakap johor

MERSING - Pengakap Johor antara yang terbaik di negara ini dengan keahlian sehingga 26,000 orang meliputi semua peringkat.

Pesuruhjayanya, Yaacob A.Karim berkata Pengakap Johor begitu aktif di semua peringkat.

“Pengakap Johor terbaik kerana pertama kita mempunyai keahlian berdaftar yang ramai iaitu 26,000 ahli meliputi semua peringkat.

“Kita juga sarat dengan pelbagai aktiviti setiap minggu sampaikan ada sehingga tiga atau empat aktiviti peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian selepas Sambutan Hari Pengasas Pengakap Daerah Mersing 2018 di Mersing Harbour Centre, baru-baru ini.

Sambutan Anjuran Persekutuan Pengakap Daerah Mersing itu melibatkan ahli dari semua peringkat terutama dari seluruh sekolah di daerah Mersing sarat dengan pelbagai aktiviti termasuk radio amatur, ikatan dan simpulan, pameran, pertandingan mewarna serta membina gajet.

Menurutnya lagi, Pengakap negeri ini sungguh bertuah kerana memiliki ramai pemimpin pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan sedia ada.

“Johor paling ramai pemimpin muda yang kita latih untuk mewarisi kepimpinan sedia ada. Kita kukuhkan integriti bermula dari kecil lagi.

“Kita mahu remaja-remaja yang ada ini menjadikan minat sebagai hobi yang bermanfaat. Termasuklah aktiviti melukis, mewarna dan membuat gajet. Ini semua kegiatan yang akan memupuk kemahiran dan pengetahuan tertentu,” katanya.

Katanya, Pengakap juga membina warga bangsa yang berguna lengkap dengan elemen positif di dalam diri.

“Kita nak membangkitkan semangat golongan remaja untuk fahami diri sendiri jadi mereka perlu lengkapkan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kesukarelaan.

“Pengakap membina warga bangsa di mana apabila mereka sudah faham nanti mereka boleh menjadi warga bangsa yang berguna. Remaja kita tak akan miliki semua kekuatan tapi kekuatan yang satu atau dua itu kita tonjolkan,” katanya.

Tegasnya, ahli pengakap perlu menjadi diri sendiri dan berani membuat keputusan.

SUMBER: GPS Bestari

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

655398
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
1357
10635
83509
655398

IP Pelawat: 54.80.123.20
25-04-2018 11:08
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia