Kuala Lumpur :

 

MELAKA: Walaupun usia sudah lanjut, minat seorang pesara guru, Mohd Sharif Kamardin, 76, terhadap persatuan pengakap tidak menghalangnya untuk mengikuti pelbagai program, termasuk perkhemahan, sehingga kini.

Mohd Sharif yang lebih mesra dipanggil Pak Long berkata, pembabitannya selama lebih 50 tahun dalam persatuan pengakap secara tidak langsung menjadi bukti kesetiaannya terhadap pasukan beruniform berkenaan.

pengakap123

"Saya menyertai persatuan pengakap sejak di bangku sekolah dan mula bergiat aktif ketika menjadi guru sehingga berpangkat 'Atuk' sekarang.

"Walaupun sudah pencen, saya masih meneruskan perjuangan ini sehingga kini. Pada saya, semangat dan kecintaan terhadap pengakap tidak pernah padam, malah 'mood' pengakap itu sudah sebati dalam diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ayer Keroh, di sini.

paklong1

Pak Long yang kini memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka memiliki lebih 100 sijil penghargaan dan penyertaan, selain ratusan lencana dan skaf jambori pengakap pelbagai negara setiap kali menyertai perkhemahan.

"Semuanya saya simpan sebagai kenangan sebab bukan mudah untuk dapatkan semua ini. Orang boleh anggap ia tidak berfaedah, tetapi tidak bagi saya. Kalau boleh rumah pun saya nak hias dengan tema pengakap.

paklong2

"Masuk pengakap ini bukan sebab semata-mata untuk kumpul lencana, tetapi ia juga dapat membentuk disiplin seseorang dan sebagai ahli (pengakap), kita dituntut supaya mengasihi ibu bapa, pemimpin dan sabar dalam apa juga situasi," katanya.

Sepanjang pembabitan, Pak Long kini boleh berbangga apabila penyertaannya itu mendapat penghargaan Pengakap Malaysia apabila menerima lebih lima pingat, termasuk diiktiraf sebagai jurulatih antarabangsa.

"Sekali lagi saya berbesar hati dengan penghargaan yang saya terima dan antara pingat yang diperoleh, termasuk Perkhidmatan Baik, Perkhidmatan Lama, Anugerah Presiden, Jasa Pengakap dan terbaru, Pingat Khas Pengakap 100 Tahun Selangor.

"Semua (anugerah) yang diterima menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dalam persatuan ini sehingga ada dayanya," katanya.

paklong3

Beliau berkata, pengakap mengutamakan pembentukan sahsiah dan peribadi mulia serta keinginan membina semangat bekerja untuk negara dan bangsa.

"Apabila ada masa tertentu yang memerlukan bantuan dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengakap tidak pernah ketinggalan untuk menghulurkan khidmat.

"Jadi, saya amat berharap supaya generasi muda dapat mengikuti aktiviti berpengakap, dengan satu daripadanya boleh membentuk karektor insaniah terbaik sebagai bekalan sepanjang hayat," katanya.

paklong4

Pak Long turut gembira apabila cucu sulung lelakinya, Mohd Daniel Zikri Mohd Azhar, 8, menunjukkan minat dalam aktiviti berpengakap sejak Tahun Satu dan tetap memilih pasukan beruniform itu sebagai pilihan hingga kini.

INFO

Mohd Sharif Kamardin:

50 tahun menceburi persatuan pengakap.

Memiliki 100 sijil penghargaan dan penyertaan pengakap.

Antara anugerah pernah diterima - Perkhidmatan Baik, Perkhidmatan Lama, Anugerah Presiden, Jasa Pengakap, Pingat Khas Pengakap 100 Tahun Selangor.

 

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

1658874
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
6295
98776
255998
1658874

IP Pelawat: 54.162.133.222
20-10-2018 08:47
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia