Kuala Lumpur :

SHAH ALAM - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memutuskan akan menghantar seramai 200 wakil pengakap Malaysia ke Jambori Dunia ke-24 yang dijadualkan akan berlangsung di West Virginia, Amerika Syarikat pada 22 Julai hingga 2 Ogos 2019.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Jamaluddin@Jamal Jinal berkata, penyertaan terbuka kepada mana-mana ahli pengakap di Malaysia dan pihaknya akan menilai melalui permohonan yang diterima dan memilih seramai 200 pengakap untuk menyertai jambori dunia.

"Kontinjen PPM akan mengambil kira peserta-peserta yang akan mengikuti jambori berkenaan dengan keadaan badan yang sihat tubuh badan, kecergasan fizikal serta ketahanan mental yang tinggi bila menghadapi kesusahan.

"Kita akan nilai dan saring permohonan, ini bagi mengelakkan sesuatu berlaku. Biarlah yang sihat kuat tubuh badan sahaja yang boleh menyertai jambori besar ini, kita bimbang jika berlaku akan ganggu seluruh jentera kontinjen nanti," katanya.

Menurutnya, Jambori Dunia 2019 akan membawa tema "Unlock a New World" dan dijangka akan disertai hampir 80,000 pengakap dari seluruh dunia.

"Jambori di West Virginia itu nanti akan berlangsung di tapak perkhemahan yang boleh menampung 80,000 orang peserta berbanding dengan Jambori Dunia 2016 di Jepun yang disertai kira-kira 47,000 pengakap.

"Kawasan perkhemahan kali ini adalah seluas 10,000 ekar dan lebih 100 aktiviti pelbagai aspek tingkat umur dan kemampuan dijangka akan disediakan," katanya.

Menurutnya, tarikh tutup penyertaan dan penyerahan borang kepada Ibu Pejabat Pengakap adalah pada 8 Mac 2018, namun sekiranya ada penyertaan yang ingin mengambil lebih masa akan dipertimbangkan.

Sementara itu, Jamal yang juga Ketua Kontinjen Pengakap Malaysia tidak menafikan kos setiap ahli pengakap untuk menyertai Jambori Dunia 2019 adalah tinggi namun pihaknya akan cuba membantu menerusi beberapa program yang telah diatur.
"Kos memang tinggi, namun kalau dikumpul sedikit demi sedikit dari sekarang, kos tersebut boleh mencukupi. Kita juga akan berusaha menjalankan kutipan derma daripada beberapa aktiviti ”fund rising” yang akan dijalankan pada tahun ini dan tahun depan bagi menampung kos pentadbiran dan pengurusan kontinjen.

"Saya juga menyeru, mana-mana badan korporat atau individu yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, sila terus berhubung dengan saya," katanya.

Image may contain: 1 person, smiling, sittingmesyuarat pengakap dunia2mesyuarat pengakap dunia3
 
Sumber : Sinar Harian Edisi Selangor & KL

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

1309764
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
3458
32828
104134
1309764

IP Pelawat: 54.162.239.233
20-09-2018 11:37
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia