Kuala Lumpur :

pingatraja perak1

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan anugerah bintang dan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kepada 362 penerima dari negeri ini dalam satu majlis penganugerahan di sini.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan Sijil Pengakap Raja kepada 311 ahli Pengakap Negeri Perak yang menerima anugerah itu bagi tahun 1998 hingga 2016.

Anugerah Pengakap Raja merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli yang juga simbol kejayaan Pengakap Remaja yang berjaya menamatkan skima Lencana Pengakap Raja.
Mendahului senarai penerima ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang dianugerahkan Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak (BSR II). Turut menerima anugerah sama ialah Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mat Lazim Idris. BSR II adalah anugerah keempat tertinggi PPM dan dianugerahkan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti kepada pergerakan Pengakap.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan pingat kepada 49 orang penerima meliputi Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG); Pingat Perkhidmatan Cemerlang; Bintang Dato’ Seri Maharaja Lela (Perak); Pingat Dato’ Sagor (PDS) – Emas; Pingat Jasa Pengakap (PJP); Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Pingat Perkhidmatan Baik (PBB).

Turut menyaksikan upacara itu ialah Menteri Besar. Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Mohd Shafie Mohd Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd Majid

Dalam ucapan Tan Sri Dato Seri Paduka Dr.Haji Mohd.Shafie Bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia berucap:
Seramai 305 orang pengakap dalam negeri perak telah lulus dengan cemerlang dan mendapat pengiktirafan Pengakap Raja, bagi Tahun 2014, 2015, 2016 secara purata 100 orang setahun layak mendapat pengiktirafan pengakap raja dan merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke majlis ini sangatlah disanjung tinggi oleh ahli-ahli pengakap lebih-lebih lagi menyempurnakan penganugerahan sijil pengakap raja oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri yang mana ianya mencerminkan keakraban duli yang maha mulia tuanku dengan anak-anak muda terutamanya ahli-ahli pengakap. Selain itu ianya juga selaras dengan kandungan persetiaan pengakap iaitu taat kepada uhan, raja dan negara, menolong orang pada setiap masa dan menurut undang-undang pengakap.

Persekutuan pengakap Malaysia ditubuhkan dinegara ini denagn diperbadankan dibawah akta parlimen 784 (1968) semakan tahun 2016, adalah satu pertubuhan badan sukarela yang berteras untuk membentuk modal insan supaya memiliki nilai-nilai murni seterusnya menjadi insan yang cemerlang, berwawasan, bersatu padu, bertanggung jawab dan mempunyai jatidiri yang kental. Pergerakan pengakap merupakan pertubuhan “school base” dan “activity base”. Kumpulan sasar anak muda yang memasuki pergerakan pengakap berada di sekolah rendah dan menengah serta maktab-maktab dan university. Keutamaan pergerakan pengakap, segala aktiviti yang durancang dan dilaksanakan berpandukan persetiaan pengakap dan sepuluh undang-undang pengakap. YBhg.Tan Sri mengucapkan berbanyak terima aksih kepada kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian pendidikan Tinggi yang telah mengiktirafkan pergerakan pengakap diterima sebagai salah satu aktiviti kor-kurikulum untuk murid-murid dan pelajar-pelajar. Pencapaian tertinggi pelajar dalam bidang kokurikulum diperingkat sekolah menengah ialah pengiktirafan sebagai Pengakap Raja (King Scout).

Bagi aktiviti base pula, program seperti ini adalah seperti perkhemahan, jambori, kepimpinan, latihan, sukarelawan terus mendapat tempat dalam kalangan ahli pengakap.Kekerapan aktiviti yang dianjurkan akan mendekatkan hubungan diantara anak-anak muda dengan masyarakat. Aktiviti yang disasarkan menjurus untuk melahirkan modal insan yang selaras dengan wawasan 2050 (TN50) yang mengutamakan pendidikan dan pembentukan jatidiri dengan membawa nilai-nilai murni. Untuk itu pihak Persekutuan Pengakap Malaysia berharapa pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan dapat terus membantu sama ada dalam bentuk penajaan, bantuan kewangan atau khidmat sukarelawan.

pingatraja perak2 pingatraja perak3

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

477050
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
1690
6989
38019
477050

IP Pelawat: 54.227.48.147
20-02-2018 12:05
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia