Kuala Lumpur :

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini menyampaikan Pingat Persekutuan Pengakap Melaka dan Anugerah Pengakap Raja kepada 123 penerima pada satu majlis di pejabatnya di Ayer Keroh di sini hari ini.

Seramai lapan orang menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Melaka antaranya Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam; Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Dr Md Sirat Abu dan bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Melaka Allahyarham Datuk Abdul Kader Md Nor.

Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil menerima Pingat Anugerah Gemilang Presiden; dan lapan lagi menerima Pingat Anugerah Presiden antaranya Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Melaka Jasmi Abu Samah.

Dalam majlis sama, Mohd Khalil juga Penaung Persekutuan Pengakap Negeri Melaka menyampaikan sijil Anugerah Pengakap Raja, yang merupakan anugerah tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia, kepada 106 penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah seluruh Melaka.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin

 

Sumber: www.bernama.com 12 Disember 2017

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

1659034
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
6455
98936
256158
1659034

IP Pelawat: 54.162.133.222
20-10-2018 08:58
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia