Kuala Lumpur :

Sumber: Sinar Harian Edisi Selangor & KL

SEMENYIH - Scoutlink Pertubuhan Dunia telah melantik Muhammad Yusof, 35 seorang pemimpin Pengakap Malaysia sebagai Coordinator Wilayah Asia dalam Jota Joti Pengakap Dunia 2017. Menurut Muhammad yang merupakan guru sekolah di daerah Petaling, beliau masih berminat menggunakan perisian chating IRC yang hingga kini masih lagi relevan walaupun bentuk komunikasi itu sudah berusia 20 tahun.  Scout.net adalah badan yang menjadi rakan kongsi kepada Program Pengakap Dunia iaitu Jambori di Udara (Jota) dan Jambori Di Internet (Joti) dan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) yang berlangsung pada minggu ketiga setiap bulan Oktober, setiap tahun.

muhamad

 

“Saya gembira apabila stesen Joti yang berakhir pada Ahad lalu berjaya dengan cemerlang dengan mendapat menghubungi sebanyak 47 buah negara..saya juga berbesar hati apabila dilantik sebagai Coordinator Wilayah Asia,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutup Jota Joti Dunia 2017 yang diadakan di Mutiara Semenyih Traning Village and Eco Resort, Semenyih, di sini, baru-baru ini. Scoutlink adalah organisasi bukan keuntungan global yang bertujuan untuk menyambung hubungan komunikasi Pengakap dan Pandu Puteri daripada seluruh dunia. 

Pada program itu, seramai 400 orang telah berkampung di resort tersebut di mana upacara penutup disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya Latihan Negara PPM, Ishak Mohd Jonid; Presiden Malaysian Amateur Radio and Transmitters’ Society (MARTS), Mohd Aris Bernawi dan Pengarah Jota Joti Dunia Stesen 9M4CCC 2017, Robiah Hassan. 

 

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

1009264
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
3217
3217
88536
1009264

IP Pelawat: 54.224.2.123
22-07-2018 20:41
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia