Kuala Lumpur :

pelajar usm pengakapPULAU PINANG, 24 Ogos 2017 – Pelajar Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) Ahmad Syauqi Taufik terpilih menjadi tetamu Allah dan menjalani ibadah Haji pada tahun ini apabila dibiayai oleh Arab Saudi melalui Program ‘Rusul Al-Salam’ yang dikendalikan oleh Persatuan Pengakap Arab Saudi.

Beliau yang berlepas pada hari ini merupakan seorang pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan berasal dari Kajang Selangor. Semoga Syauqi memperoleh Haji Mabrur sepanjang musim Haji ini.

Lebih manis beliau adalah antara 6 orang yang terpilih untuk ke program ini dan yang terpilih ini adalah masing-masing 2 dari Pakistan, 2 dari Indonesia dan seorang dari Bangladesh.

Persatuan Pengakap Arab Saudi menurut Dr. Hamad Abdul Rahman Al-Yahya sangat berbesar hati dalam menjemput 6 orang tetamu daripada kepimpinan Pengakap Muda untuk menunaikan Ibadat Haji serta menanggung segala perbelanjaan tiket perjalanan, penginapan, pengangkutan sehinggalah tetamu ini kembali ke tanah air mereka.

Syauqi juga menjadi kebanggaan USM apabila terpilih untuk mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke 13th World Scout Youth Forum, di Baku, Azerbaijan pada 7 hingga 10 Ogos 2017 dan beliau juga terlibat dalam pembentukan polisi World Triennial Plan 2017 – 2020 baru-baru ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

1658924
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
6345
98826
256048
1658924

IP Pelawat: 54.162.133.222
20-10-2018 08:51
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia