Kuala Lumpur :

Sukacitanya dimaklumkan bahawa CreatiVision Group of Companies telah mempelawa Pesuruhjaya Pengakap, Pemimpin Pengakap atau ahli Pengakap Kelana yang berminat untuk menjadi sukarelawan mengajar asas latihan kemahiran luar (outroor survival) sewaktu kempen tersebut.

Kempen ROLF ini adalah inisiatif projek komuniti dalam membantu anak-anak yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Ianya juga merupakan platform latihan kepada golongan belia untuk mengetuai projek-projek kesukarelawan. Kempen ROFL ini membantu hampir 6500 orang kanak-­kanak dari Malaysia, Nepal dan India. Melalui kempen kali kesembilan ini, hasrat dan hajat dari 400 orang kanak-kanak dari 7 buah rumah anak-anak yatim telah dikumpulkan. Pihak CreatiVision Group telah berjaya mendapatkan bantuan serta sumbangan dari orang awam dalam menunaikan hasrat kanak-kanak tersebut.

Kempen ke Sembilan ROLF ini akan diadakan pada 30 September 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Dilampirkan surat tersebut.

Attachments:
Download this file (Tawaran-Menjadi-Sukarelawan-Latihan-Kemahiran-Luar-outdoor-Survival-Rainbow-Of-Life-Forces-ROLF-The-9th-Gold-Ribbon-Grant-A-Wish-Campaign-2017.pdf)Tawan Sukarelawan ROLF[ ]1187 kB

Tukar Bahasa

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

477060
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
1700
6999
38029
477060

IP Pelawat: 54.227.48.147
20-02-2018 12:05
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia