Kuala Lumpur :

 

Belia masih kurang budaya ilmu

SANDAKAN – Generasi belia masih terbelenggu dengan krisis kurang budaya keilmuan dan keintelektulan yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun.

Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh berkata, generasi belia seolah-olah dilanda kegersangan idea dan kelihatan tidak mampu mengembang dan memanfaatkan potensi diri sebagai golongan yang menerokai gagasan baru yang akhirnya akan memimpin perubahan.

 
Belia masih kurang budaya ilmu
Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh

“Sebab itu cabaran yang harus kita harungi ialah untuk membina Pergerakan Pengakap sebagai sebuah modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

“Minda kelas pertama bermakna penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan penerokaan minda dan pembinaan nilai-nilai moral yang tinggi,” katanya ketika merasmikan Hari Pengakap dan Jambori Pengakap Kelana peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.    

Seramai 500 ahli Pengakap Malaysia dan jemputan dari Indonesia, Brunei dan Thailand menyertai program jambori itu yang diadakan di Scouts Nature Park di sini.

Shafie berkata walaupun Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sudah berusia 110 tahun, tetapi PPM masih gagah dan berdiri teguh bersama-sama dengan ahlinya di seluruh negara dan juga dunia.

Katanya ini bermakna PPM tidak perlu lagi diuji kerana dengan sendirinya PPM sudah teruji dengan kegagahan dan keteguhannya sebagai salah sebuah persatuan belia yang terunggul di negara ini.

“Seperti kita ketahui, tidak banyak persatuan belia di dunia ini yang boleh bertahan sehingga 110 tahun usianya.

Menurut beliau, biasanya apabila mencapai sehingga 110 tahun, bilangan ahlinya berkemungkinan amat berkurangan dan mungkin persatuan tersebut sudah terkubur dengan sendirinya bersama-sama dengan ahlinya tetapi tidak begitu dengan PPM.

"Dan inilah sebenarnya kekuatan PPM kerana masih lagi berdiri tegak dan gagah dengan penuh megah," kata Shafie. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Selamat Hari Skaf Sedunia

Persekutuan Pengakap Malaysia mengucapkan Selamat Hari Pengakap Sedunia

skaf dunia malaysia

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Pertandingan Fotografi dan Video Pendek PPM 2018
Perkhemahan Johor Viking & Sambutan 100 Tahun Kelana Dunia

Perkhemahan Johor Viking & Sambutan 100 Tahun Kelana Dunia diadakan di Gunung Pulai, Johor pada 5 - 7 Julai 2018

 

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Korobori Pengakap Peringkat Kebangsaan 2018

Lebih 7,000 meriahkan Korobori Pengakap Kebangsaan 2018

 korobori1

Tengku Muhammad Ismail diberi penerangan mengenai gerak kerja pengakap dalam Majlis Perasmian Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 di Kuala Terengganu.

 

KUALA TERENGGANU 8 Julai- Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 yang menghimpunkan kira-kira 7,000 pengakap kanak-kanak seluruh negara disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Selain pengakap kanak-kanak, kira-kira 400 pemimpin dan 300 petugas juga bersama dalam program selama empat hari ini di Kem  Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus di sini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dr. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berbesar hati menerima kedatangan ahli-ahli pengakap dari seluruh negara.

“Saya yakin aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia sepanjang program banyak memberi manfaat kepada para peserta untuk untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga,” ujarnya.

Katanya, pengakap dikenali dengan  kerja-kerja membangunkan sahsiah kanak-kanak dan remaja dengan menyemai nilai hidup yang baik.

“Sememangnya soal moral dan kerohanian merupakan perkara yang sangat penting dalam pembangunan modal insan.

"Tumpuan yang ditonjolkan pengakap adalah selari dengan dasar kerajaan negeri yang menitikberatkan soal pembangunan  modal insan berasaskan prinsip Islam,"ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Wawancara Bersama Dato' KPPN di Bernama News Channel Pada 7 Jun 2018
Peringatan: Pengumuman bagi Hak milik Interlek bagi Penggunaan LOGO PPM
APR Workshop on Creating Impact Through Brand Positioning and Advocacy 2018
PPM BAKAL AMBIL LANGKAH PROAKTIF BENDUNG SALAH GUNA LOGO

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) bakal mengambil langkah lebih proaktif untuk membendung salah guna logo badan beruniform berkenaan daripada digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terutamanya berkaitan dengan kegiatan politik. 

Ini susulan salah faham yang berlaku antara Gabungan NGO Malaysia dengan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM), apabila logo WOSM turut terlibat dalam kesepakatan menghantar calon-calon untuk bertanding atas tiket bebas pada PRU-14.

 

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

WOSM Tidak Ada Kaitan Dengan Pertubuhan Politik
Majlis Perasmian Mesyuarat Koordinator MOP Negara-negara di APR

Majlis perasmian gilang gemilang Mesyuarat Koordinator MOP Negara2 di APR di IYC semalam, dirasmikan oleh YBhg Dato' KPPN sebagai wakil kepada Tan Sri KPN berjalan dengan lancar.
WhatsApp Image 2018 04 13 at 12.24.22 PM

mesyuarat-mop2018-1
mesyuarat-mop2018-10
mesyuarat-mop2018-11
mesyuarat-mop2018-12
mesyuarat-mop2018-13
mesyuarat-mop2018-14
mesyuarat-mop2018-15
mesyuarat-mop2018-2
mesyuarat-mop2018-3
mesyuarat-mop2018-4
mesyuarat-mop2018-5
mesyuarat-mop2018-6
mesyuarat-mop2018-7
mesyuarat-mop2018-8
mesyuarat-mop2018-9
01/15 
start stop bwd fwd

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Jurulatih Antarabangsa Bertaraf Dunia untuk Pengakap Malaysia

kursus calt 2018

SEMENYIH -  Seramai 45 Pengakap Malaysia menghadiri Kursus Kejurulatihan Antarabangsa (CLT 2018) di Mutiara Semenyih Traning & Eco Village di sini, baru-baru ini.

Kursus diadakan selama seminggu itu bermula pada 9 hingga 15 Mac 2018.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata,  beliau berpuas hati semua objektif dalam program itu berjaya dicapai oleh peserta.

“Apa yang paling penting, peserta memahami dan menerima tujuan tentang prinsip dan cara-cara kepengakapan.

“Kedua, mereka mula menerima polisi dunia berkaitan program muda remaja, sumber dewasa dan pengurusan organisasi dan faham akan dasar latihan persekutuan pengakap Malaysia dan mengakui bahawa latihan adalah satu proses yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan Hadiah Khas kepada Peserta Terbaik Keseluruhan, Radien Bohari dari Kuala Lumpur.

Hadir sama bagi menjayakan program berkenaan adalah Pesuruhjaya Latihan Negara, PPM, Dr Ekbert Yong dan Pengarah Kursus, Hamdan Mohd Nor, yang juga merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

SUMBER: GPS Bestari

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

LATIH PEMIMPIN MUDA WARISI KEPIMPINAN YANG BERINTEGRITI

pengakap johor

MERSING - Pengakap Johor antara yang terbaik di negara ini dengan keahlian sehingga 26,000 orang meliputi semua peringkat.

Pesuruhjayanya, Yaacob A.Karim berkata Pengakap Johor begitu aktif di semua peringkat.

“Pengakap Johor terbaik kerana pertama kita mempunyai keahlian berdaftar yang ramai iaitu 26,000 ahli meliputi semua peringkat.

“Kita juga sarat dengan pelbagai aktiviti setiap minggu sampaikan ada sehingga tiga atau empat aktiviti peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian selepas Sambutan Hari Pengasas Pengakap Daerah Mersing 2018 di Mersing Harbour Centre, baru-baru ini.

Sambutan Anjuran Persekutuan Pengakap Daerah Mersing itu melibatkan ahli dari semua peringkat terutama dari seluruh sekolah di daerah Mersing sarat dengan pelbagai aktiviti termasuk radio amatur, ikatan dan simpulan, pameran, pertandingan mewarna serta membina gajet.

Menurutnya lagi, Pengakap negeri ini sungguh bertuah kerana memiliki ramai pemimpin pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan sedia ada.

“Johor paling ramai pemimpin muda yang kita latih untuk mewarisi kepimpinan sedia ada. Kita kukuhkan integriti bermula dari kecil lagi.

“Kita mahu remaja-remaja yang ada ini menjadikan minat sebagai hobi yang bermanfaat. Termasuklah aktiviti melukis, mewarna dan membuat gajet. Ini semua kegiatan yang akan memupuk kemahiran dan pengetahuan tertentu,” katanya.

Katanya, Pengakap juga membina warga bangsa yang berguna lengkap dengan elemen positif di dalam diri.

“Kita nak membangkitkan semangat golongan remaja untuk fahami diri sendiri jadi mereka perlu lengkapkan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kesukarelaan.

“Pengakap membina warga bangsa di mana apabila mereka sudah faham nanti mereka boleh menjadi warga bangsa yang berguna. Remaja kita tak akan miliki semua kekuatan tapi kekuatan yang satu atau dua itu kita tonjolkan,” katanya.

Tegasnya, ahli pengakap perlu menjadi diri sendiri dan berani membuat keputusan.

SUMBER: GPS Bestari

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Pak Long Mahu Cucu Warisi Minat Berpengakap

 

MELAKA: Walaupun usia sudah lanjut, minat seorang pesara guru, Mohd Sharif Kamardin, 76, terhadap persatuan pengakap tidak menghalangnya untuk mengikuti pelbagai program, termasuk perkhemahan, sehingga kini.

Mohd Sharif yang lebih mesra dipanggil Pak Long berkata, pembabitannya selama lebih 50 tahun dalam persatuan pengakap secara tidak langsung menjadi bukti kesetiaannya terhadap pasukan beruniform berkenaan.

pengakap123

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Twitter feed for: beritarasmi_ppm. Generated by TwitRSS.me

Lebih 7,000 meriahkan Korobori Pengakap Kebangsaan 2018

 korobori1

Tengku Muhammad Ismail diberi penerangan mengenai gerak kerja pengakap dalam Majlis Perasmian Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 di Kuala Terengganu.

 

KUALA TERENGGANU 8 Julai- Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 yang menghimpunkan kira-kira 7,000 pengakap kanak-kanak seluruh negara disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Selain pengakap kanak-kanak, kira-kira 400 pemimpin dan 300 petugas juga bersama dalam program selama empat hari ini di Kem  Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus di sini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dr. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berbesar hati menerima kedatangan ahli-ahli pengakap dari seluruh negara.

“Saya yakin aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia sepanjang program banyak memberi manfaat kepada para peserta untuk untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga,” ujarnya.

Katanya, pengakap dikenali dengan  kerja-kerja membangunkan sahsiah kanak-kanak dan remaja dengan menyemai nilai hidup yang baik.

“Sememangnya soal moral dan kerohanian merupakan perkara yang sangat penting dalam pembangunan modal insan.

"Tumpuan yang ditonjolkan pengakap adalah selari dengan dasar kerajaan negeri yang menitikberatkan soal pembangunan  modal insan berasaskan prinsip Islam,"ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Tukar Bahasa

Kalendar

Pelawat

We have 76 guests and no members online

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

1121158
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
1868
18315
72398
1121158

IP Pelawat: 54.198.195.11
15-08-2018 08:53

Laman Web Pengakap Sedunia

  • 1024px-Singapore_Scout_Association_no_scroll.svg-0.png
  • bhutan-0.jpg
  • china-0.png
  • fiji-0.png
  • Gerakan_Pramuka-0.png
  • hongkong-0.jpg
  • india-0.png
  • japan-0.png
  • korea-0.png
  • logo-of-bangladesh_scouts-0.png
  • Logo_of_Macau_Scout-0.gif
  • maldives-0.jpg
  • mongolia-0.jpg
  • nepal-0.jpg
  • NZ-0.jpg
  • pakistan-0.png
  • philippine-0.png
  • Scouts_Australia.svg-0.png
  • sri_lanka-0.jpg
  • thailand-0.gif
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia