Organisasi |
: |
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur. |
Jawatan |
: |
Penolong Setiausaha Eksekutif |
Melapor kepada |
: |
Ketua Pegawai Eksekutif |
Kelayakan |
: |
Berkelulusan STPM atau Diploma atau kelayakan setaraf dalam bidang berkaitan pengurusan dengan CGPA 2.50 keatas. |
Pengalaman |
: |
2 tahun pengalaman kerja. (Graduan tanpa pengalaman namun mempunyai rekod penglibatan didalam projek yang berprofil tinggi turut dipelawa untuk memohon) |
Syarat khas |
: |
Keutamaan diberikan kepada ahli pengakap yang masih aktif dan berdaftar. |
Tempoh Kontrak |
: |
3 bulan percubaan, 2 tahun kontrak dan boleh ditawarkan ke jawatan tetap sekiranya mempamerkan prestasi yang baik. |
Rumusan |
: |
Penolong Setiausaha Eksekutif mestilah mempunyai pengetahuan berkaitan latihan dan program pengakap serta mempunyai pengetahuan asas untuk menghasilkan karya kreatif untuk membantu pelbagai bahagian/pasukan di dalam Ibu Pejabat PPM |
Perincian tugas |
: |
Membantu pesuruhjaya di peringkat negara untuk membuat siaran maklumat dalam perkara yang berhubung dengan bidang latihan/program.
|
Ciri-Ciri calon |
: |
Berfikiran kreatif dan mampu untuk mencadangkan idea yang segar dan bernas untuk menawarkan penyelesaian kepada hal-hal berkaitan strategi komunikasi. Fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mempunyai etika kerja yang baik, berupaya untuk berkhidmat sebagai staff yang produktif dan mampu bekerjasama dengan semua pihak. Mempunyai pengetahuan asas Adobe Creative Suite, seperti InDesign, Photoshop, Illustrator, Acrobat dan / atau produk rekaan lain adalah nilai tambah yang baik Mampu mempamerkan kemahiran yang baik dengan menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) Berinovatif Mempunyai kesungguhan dalam membantu golongan muda untuk maju dan berjaya menjadi warganegara yang baik |
Terma & Syarat |
: |
Waktu jam bekerja bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, namun kerja lebih masa mungkin diperlukan. Calon yang berjaya mestilah bersedia untuk bekerja pada hujung minggu apabila diperlukan dan cuti gantian bakal diberikan berdasarkan pertimbangan Ketua Pegawai Eksekutif. Kelayakan cuti tahunan akan dimaklumkan sewaktu temuduga. |
Cara permohonan |
: |
Permohonan mestilah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia tidak lewat dari jam 11.59 (GMT +7 waktu Malaysia) pada 3 Mac 2018 yang mengandungi: Curriculum Vitae yang mengandungi maklumat Pendidikan dan sejarah kerjaya Surat permohonan yang memperincikan mengenai kesesuaian anda untuk jawatan ini, kemahiran yang berkaitan, pengetahuan dan pengalaman yang selari dengan perincian tugas serta maklumat peribadi. Permohonan dan pertanyaan mestilah dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau ke alamat seperti yang tertera diatas. |