Kuala Lumpur :

 

Kenyataan Rasmi : Penganjuran Larian Keamanan 2018

Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia ingin membuat kenyataan BAHAWA Persekutuan Pengakap Malaysia tidak menganjurkan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Larian Keamanan Pengakap 2017 dan Larian Keamanan Pengakap Tahun 2018 seperti yang diwar-warkan di dalam akaun Facebook “ Larian Keamanan Pengakap 2018”.

Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun Facebook berkenaan. Kami ingin menasihatkan orang ramai untuk merujuk kepada saluran-saluran rasmi kami untuk sebarang infomasi terkini. Saluran-saluran rasmi kami termasuklah laman sesawang kami,

1. Website: www.pengakapmalaysia.org

2. Facebook: mediarasmi_ppm

3. Twitters: beritarasmi_ppm

4. Instagram: beritarasmi_ppm

Setakat ini kami pernah menganjurkan Larian Pengakap Tahun 2016 sahaja dan tidak ada lagi aktiviti seperti tersebut di luluskan oleh Majlis Eksekutif Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun-tahun selepasnya. Dengan demikian, pihak kami tidak akan menganggung sebarang kerugian atau apa-apa tuntutan daripada pihak orang ramai. Pihak kami juga akan mendakwa dan membuat tindakan mahkamah sekiranya mana-mana individu atau syarikat yang salah laku mempergunakan logo dan nama Persekutuan Pengakap Malaysia tanpa kelulusan dari pihak kami.

Dato’ Raja Ruslan Bin Raja Samah,
Ketua pegawai Eksekutif
Persekutuan Pengakap Malaysia.

Program Apresiasi Kepimpinan MPKLM

Program Apresiasi Kepimpinan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLMIPG) telah diadakan pada 16 dan 17 Disember 2017 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Pengisian program itu diadakan mesyuarat MPKLMIPG, penubuhan Kelab Alumni MPKLMIPG, Malam Apresiasi MPKLMIPG dan Bengkel Profesionalisme Pensyarah, Pemimpin dan Jurulatih. Disamping itu, pada program tersebut diadakan Pertandingan Bowling Piala Apresiasi MPKLMIPG.  

mpklm1

 

Korobori Pengakap Negeri Johor 2017

Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor tahun 2017 telah melabuhkan tirainya 11 November 2017. Program selama 3 hari itu berlangsung di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor.  Korobori pada kali ini dengan tema Pengakap Memperkasa Budaya Melestari Seni disertai oleh 450 peserta PKK dan 125 Pemimpin dari seluruh negeri Johor. Fokus program pada edisi kali ini adalah memperkasa permainan laying-layang yang merupakan sebahagian daripada budaya masyakarat yang kian pupus. Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan termasuk pameran daripada beberapa agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Jabatan Kesihatan dan juga muzium Layang-Layang yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Pada Korobori kali ini juga, seramai 70 ahli PKK telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Ketua Pengakap Negeri (Rambu PKK). Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Azman Bin Adnan yang merupakan Timbalah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, wakil rasmi YB Menteri Besar Johor.

korobori johor 2017
Penyampaian Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Rambu PKK) 

korobori johor 2017b korobori johor 2017c
 Istiadat Laung Agung  Aktiviti Permainan Tradisional
korobori johor 2017d korobori johor 2017e
 Aktiviti Ikatan  Kehadiran Adiwira Memeriahkan Korobori

Sumber: Mohamad Rizal Mat Said - Pen. Ketua PesuruhjayaPengakap Negeri Johor (merangkap) Pengarah Program Korobori Johor 2017

355 ahli Pengakap Negeri Kedah Tawan Gunung Jerai

Seramai 355 ahli Pengakap Negeri Kedah yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat termasuk 18 ahli Pengakap Daerah Kulim berjaya menyertai Ekspedisi Pendakian Gunung Jerai baru-baru ini.

Antara aktivitii yang diadakan termasuk mendaki gunung, mengenal pokok rimba, melakukan lawatan ke Muzium Perhutanan, melakukan aktiviti Ikhtiar Hidup termasuk membaca dan mengendalikan kompas.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulim, Ismail Othman berkata, Ekspedisi Pendakian Gunung Jerai merupakan aktiviti Pengakap Negeri Kedah yang dianjurkan sejak sekian lama dan mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

 355 ahli Pengakap tawan Gunung Jerai

Menurutnya, ia juga adalah acara tahunan bagi ahli Pengakap Remaja yang ingin mendapatkan Lencana Ekspedisi yang merupakan lencana wajib bagi calon Pengakap Raja.

“Di samping menguji ketahanan fizikal dan mental, peserta juga didedahkan dengan ilmu hutan, ikhtiar hidup dan teknik mengenali spesies pokok yang terdapat dalam hutan simpan ini,” katanya.

 

Majlis perasmian penutup disempurnakan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Marzuki Daud.

Turut disampaikan, sijil penyertaan dan pencapaian yang berjaya dilalui peserta mengikut kemampuan masing-masing.

Sumber : Sinar Harian Online

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PERUNTUKAN DARI JABATAN PERDANA MENTERI

Majlis penyampaian Cek Peruntukan Dari Jabatan Perdana Menteri untuk kegunaan pengurusan aktiviti PPM yang disempurnakan dan disampaikan oleh YH Dato' Muhammad Ammir Bin Haron, Ahli Majlis PPM kepada YBhg Tan Sri Dato Seri Paduka Dr. Haji Shafie Bin Hj Mohd Salleh iaitu Ketua Pengakap Negara, disaksikan oleh barisan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi PPM iaitu Bendahari Kehormat PPM  YBhg. Tan Sri Dato' Haji Abdullah Bin Hj. Taib, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara iaitu, YBhg Mej Jen Prof Dato' Dr. Hj Mohd Zin Bin Bidin,dan Naib YDP Majlis PPM, YBhg Dato' Haji Ahmad Shazilly Bin Ismail Bakti, pada 16 hb December, 2017 sebelum pembukaan Sidang Mesyuarat Majlis Eksekutif Pengakap Negara,PPM Siri 2/2017 di BP House, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

penyampaiancekppm

 cekppm2 cekppm3
 cekppm1

123 Ahli Pengakap Melaka Terima Anugerah Pengakap Raja

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini menyampaikan Pingat Persekutuan Pengakap Melaka dan Anugerah Pengakap Raja kepada 123 penerima pada satu majlis di pejabatnya di Ayer Keroh di sini hari ini.

Seramai lapan orang menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Melaka antaranya Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam; Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Dr Md Sirat Abu dan bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Melaka Allahyarham Datuk Abdul Kader Md Nor.

Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil menerima Pingat Anugerah Gemilang Presiden; dan lapan lagi menerima Pingat Anugerah Presiden antaranya Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Melaka Jasmi Abu Samah.

Dalam majlis sama, Mohd Khalil juga Penaung Persekutuan Pengakap Negeri Melaka menyampaikan sijil Anugerah Pengakap Raja, yang merupakan anugerah tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia, kepada 106 penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah seluruh Melaka.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin

 

Sumber: www.bernama.com 12 Disember 2017

256 remaja terima Sijil Pengakap Raja

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berkenan menyampaikan 256 penerima Anugerah Sijil dan Lencana Pengakap Raja Bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor Tahun 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan menganugerahkan Sijil Pengakap Raja beserta Lencana Pengakap Raja kepada 256 Pengakap Remaja di seluruh Selangor.

Penerima terdiri daripada Pengakap Remaja yang lulus cemerlang dalam Ujian Penarafan Pengakap Raja, yang dilaksanakan oleh Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Ishak Mohd Jonid, berkata perakuan Pengakap Raja itu diputuskan oleh Lembaga Penarafan Pengakap Raja Selangor.

"Ini anugerah tertinggi di Malaysia bagi Pengakap Remaja (yang berusia 17 tahun hingga 18 tahun) dan sijil yang diterima oleh mereka sangat unik kerana ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

ANTARA penerima yang hadir pada Majlis Anugerah Sijil dan Lencana Pengakap Raja Bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor Tahun 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. - Foto Faiz Anuar

"Pengakap Remaja yang menerima sijil dan lencana Pengakap Raja hari ini adalah mereka yang lulus pelbagai tahap ujian yang bermula sejak Tingkatan Satu.

"Ujian ini harus diikuti dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima kerana setiap peringkat ada skim latihan berbeza. Semakin tinggi, semakin meningkat tahapnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Ishak berkata, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, Selangor berjaya melahirkan ramai Pengakap Remaja setiap tahun.

ANTARA penerima yang hadir pada Majlis Anugerah Sijil dan Lencana Pengakap Raja Bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor Tahun 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.-Foto Faiz Anuar

"Berbanding negeri lain di Malaysia, Selangor adalah negeri yang mengeluarkan Pengakap Remaja paling ramai.

"Bagaimanapun, Pengakap Remaja tidak boleh sewenang-wenangnya memberi bantuan, contohnya ketika banjir kerana mereka masih di bawah pengawasan dan tanggungjawab ibu bapa serta guru," katanya.

Beliau berkata, pihaknya amat menghargai keberangkatan Sultan Sharafuddin menghadiri istiadat itu.

 

Sumber : Berita Harian Online

Duterte anugerahkan Pengakap Malaysia pingat tertinggi

Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte telah menganugerahkan pingat tertinggi iaitu Pingat Ketua Pengakap Filipina kepada Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Zin  Bidin (B) yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merangkap Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Persatuan Pengakap Untuk Kerjasama Serantau-ASEAN (ASARC).

Duterte anugerahkan Pengakap Malaysia pingat tertinggi

Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte telah menganugerahkan pingat tertinggi iaitu Pingat Ketua Pengakap Filipina kepada Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Zin  Bidin (B) yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merangkap Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Persatuan Pengakap Untuk Kerjasama Serantau-ASEAN (ASARC).

Turut menerima pingat adalah Ahli Jawatan Kuasa Pengakap Wilayah Asia Pasifik merangkap Penolong Setiausaha, Persatuan Pengakap Untuk Kerjasama Serantau-ASEAN (ASARC), Rajalingam Ramasamy.

Pingat telah disampaikan oleh Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Kerajaan Filipina,  Pantaleon Alvarez semasa pembukaan rasmi Jamboree ASEAN Ke-6 di Energy Park, Apokon, Tagum City, Davao del Norte, Filipina pada 27 November lalu.

Pada majlis itu, Malaysia telah menghantar 114 orang peserta yang mewakili Negeri Sabah, Johor dan Terengganu.

Ketua Kontinjen Malaysia, Raymond Epun dari PPM Sabah menyatakan tanda rasa berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh Pengakap Filipina.

Sementara itu, Rajalingam berkata, tema Jambori Asean ini ialah pertumbuhan dan kestabilan dan Jambori kali ini diberi penekanan untuk menjalin persahabatan yang baik, membangun kemesraan sedia ada di antara negara-negara ASEAN.

"Ini akan menyumbangkan kepada pertumbuhan dan kestabilan pergerakan pengakap di Wilayah ASEAN. Pengakap Malaysia patut mengambil peluang ini untuk datang dan belajar mencari pengalaman di semua aktiviti yang dijalankan di Jambori ini," kata Rajalingam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara PPM merangkap Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Datuk Dr Awang Zainie Suntim berkata, beliau melahirkan rasa gembira kerana Kerajaan Filipina telah mengotakan janji mereka untuk menjaga keselamatan semua peserta termasuk peserta dari Malaysia.

"Mereka mengadakan kawalan trafik dengan baik,  menempatkan di setiap 5 kilometer sepanjang jalan menuju ke Jambori Asean dan keliling Jambori dengan anggota polis dan tentera siap bersenjata lengkap dan juga di semua hotel-hotel penginapan pegawai-pegawai jemputan," katanya.

Turut sama dalam majlis tersebut, Dr Allan L Rellon, Datuk Bandar bagi Bandar Tagum dan isteri, Pengerusi ASARC, Wendel E Avisado

Antara negara-negara yang turut serta menjayakan jambori tersebut ialah Sri Lanka, East Timor, Nepal, Belanda, Maldives, Macau, Kuwait, Korea Selatan, India, Hong Kong, Kanada dan Bangladesh.

Jambori tersebut berakhir pada 1 Disember 2017

Sumber: Sinar Harian (5 Disember 2017)

Iklan Jawatan Kosong di PPM

Persekutuan Pengakap Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan seperti berikut:

  1. Pembantu Tadbir (Kontrak)
  2. Pembantu Am / Penghantar Surat

jawatan kosong ppm

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar biodata ke alamat berikut:

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2078 0836, 03-2070 6978, 03-2072 0152
Faks: 03-2070 9057
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tarikh Tutup Permohonan adalah 15 Disember 2017
 

Pengakap Rangka Plan Bina Sahsiah Diri

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pengakap Malaysia kini sedang merangka plan strategik untuk membina sahsiah diri melalui pengakap seawal umur tadika.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin berkata, ini supaya apabila mereka dewasa kelak akan lebih berdisiplin, setia kepada masyarakat dan mempunyai daya tahan yang tinggi kepada negara.

“Salah satu dari KPI saya ialah memperkasakan pengurusan dan pentadbiran PPM dari segi menjalankan strategik yang selari dengan strategik yang dilancarkan oleh pihak kerajaan supaya Pengakap Malaysia akan terkenal di seluruh dunia," katanya semasa merasmikan upacara penutup Bengkel Pelan Strategik 2018-2023 di ibu negara, hari ini.

Pengakap rangka plan bina sahsiah diri
Ahmad Zaki (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Zin pada majlis di Kuala Lumpur.
 
Seramai 52 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri bengkel tersebut. 

Sementara itu, perunding bengkel Ketua Pegawai Maklumat, Majlis Profesor Negara Profesor, Dr Ahmad Zaki A Bakar berkata, beliau teruja dengan semua peserta bengkel dan dapati Pengakap Malaysia di zaman YouTube ini telah banyak berubah mengikut arus pembangunan kerajaan.

"Pengakap Malaysia mempunyai kualiti yang tinggi dan memberikan idea-idea bernas.

“Saya lihat, pengakap sekarang bukan seperti pengakap dahulu lagi, banyak berbeza, pengakap sekarang sudah maju ke depan dan berlari mengikut arus polisi-polisi kerajaan semasa seperti Strategik Lautan Biru, Strategik Industri 4.0, dan juga Strategik TN50," katanya.

Bengkel tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh Ketua Kordinator, Dr Mohd Azlan  Ab Jalil dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

 

Sumber: Sinar Harian (21 November 2017)

Twitter feed for: beritarasmi_ppm. Generated by TwitRSS.me

Program Apresiasi Kepimpinan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLMIPG) telah diadakan pada 16 dan 17 Disember 2017 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Pengisian program itu diadakan mesyuarat MPKLMIPG, penubuhan Kelab Alumni MPKLMIPG, Malam Apresiasi MPKLMIPG dan Bengkel Profesionalisme Pensyarah, Pemimpin dan Jurulatih. Disamping itu, pada program tersebut diadakan Pertandingan Bowling Piala Apresiasi MPKLMIPG.  

mpklm1

 

Tukar Bahasa

Kalendar

Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Takwim Aktiviti

02
Feb
National Adventure Institute Pachmari, Madhya Pradesh India
-
Pachmari Madhya Pradesh

12
Mar
Savanna Hill Resort, Ulu Tiram
-
Ulu Tiram
Peserta : Ahli Pengakap Pendidikan Khas

Pelawat

We have 30 guests and no members online

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

422277
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
173
9019
21696
422277

IP Pelawat: 23.22.240.119
20-01-2018 01:33

Laman Web Pengakap Sedunia

  • 1024px-Singapore_Scout_Association_no_scroll.svg-0.png
  • bhutan-0.jpg
  • china-0.png
  • fiji-0.png
  • Gerakan_Pramuka-0.png
  • hongkong-0.jpg
  • india-0.png
  • japan-0.png
  • korea-0.png
  • logo-of-bangladesh_scouts-0.png
  • Logo_of_Macau_Scout-0.gif
  • maldives-0.jpg
  • mongolia-0.jpg
  • nepal-0.jpg
  • NZ-0.jpg
  • pakistan-0.png
  • philippine-0.png
  • Scouts_Australia.svg-0.png
  • sri_lanka-0.jpg
  • thailand-0.gif
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia