Kuala Lumpur :
  • Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Menerima Bintang Semangat Padi

    KOTA KINABALU : Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin dikurniakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Bintang Semangat Padi. Menurut Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh, majlis ringkas penganugerahan berlangsung pada kunjungan persatuan itu di Istana Negeri, pagi tadi. “Penganugerahan ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PPM yang menggariskan Penaung Pengakap ialah Seri Paduka Bagin...
  • Lawatan United Kingdom Scout Association Chief Executive Ke Ibu Pejabat Pengakap Malaysia

    Lawatan Mr Matt Hyde (United Kingdom Scout Association Chief Executive) diiringi oleh Mr Ahmad Alhendawi (Secretary General WSB) di Ibu Pejabat Pengakap Rumah BP pada 8.11.2017. Album Lawatan
  • Makluman: Logo (Emblem) WOSM Didaftarkan Sebagai Hak Milik WOSM

    World Organization Scout Movement (WOSM) telah mendaftarkan logo (Emblem) sebagai "Trade Mark" dengan Registrar of Trademark Malaysia. Oleh itu, semua pihak adalah tidak dibenarkan untuk mengeluarkan, mencetak serta menjual "Emblem" tersebut tanpa kebenaran dan kelulusan daripada pihak WOSM
  • Mesyuarat Pelan Strategik PPM & Pra-Bengkel Perancangan Strategik PPM 2018-2022

    Dimaklumkan bahawa PPM akan mengadakan mesyuarat tersebut adalah seperti ketetapan berikut: Tarikh : 4 November 2017 Tempat : Dewan Ho Koh Chye, Olympic Sports Hotel, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Masa : 8.30 pagi Pakaian : Baju Korporat Kehadiran : - Semua Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara - Ahli Jawatankuasa GSAT - Ex-Officio, Ibu Pejabat - Wakil Majlis Professor Negara
  • Perkhemahan Agonoree Peringkat Negeri Terengganu

    Perkhemahan Agonoree Peringkat Negeri Terengganu diadakan pada 24-26/10/2017 bertempat di Kem Tg Mohamad Ismail. Penutup dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu.
Twitter feed for: beritarasmi_ppm. Generated by TwitRSS.me
KOTA KINABALU :  Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin dikurniakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Bintang Semangat Padi.
 
Menurut Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh, majlis ringkas penganugerahan berlangsung pada kunjungan persatuan itu di Istana Negeri, pagi tadi.
 1 2
 
“Penganugerahan ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PPM yang menggariskan Penaung Pengakap ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 
“Kemudian, di bawah naungan Seri Paduka adalah Penaung setiap negeri iaitu semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri.
 
“Ia merupakan tujuan utama kami berkunjung ke Sabah untuk melafaz dan memberikan pemasyhuran kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri sebagai penaung PPM di negeri ini,” jelasnya kepada media sebaik selesai mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar.
 
Dalam pada itu, Shafie mengalu-alukan penyertaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli pengakap khususnya kepada anak-anak muda.
 
Tambahnya, Transformasi Nasional 2050 (TN50) melalui pengakap merupakan suatu wadah terbaik dalam mengukuhkan permuafakatan dan menyatukan anak-anak bangsa.
 
Hadir sama Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Dr Mohamed Mukhyuddin Sarwani; Pesuruhjaya Latihan Negara, Ishak Mohd Jonid; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr Awang Zaini Suntim merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.
 
Sumber: Sayangsabah.com

Kalendar

Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
29
30
31

Takwim Aktiviti

02
Feb
National Adventure Institute Pachmari, Madhya Pradesh India
-
Pachmari Madhya Pradesh

Pelawat

We have 83 guests and no members online

Statistik Pelawat

388484
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
186
4036
11030
388484

IP Pelawat: 23.22.136.56
15-12-2017 03:21

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Laman Web Pengakap Sedunia

  • 1024px-Singapore_Scout_Association_no_scroll.svg-0.png
  • bhutan-0.jpg
  • china-0.png
  • fiji-0.png
  • Gerakan_Pramuka-0.png
  • hongkong-0.jpg
  • india-0.png
  • japan-0.png
  • korea-0.png
  • logo-of-bangladesh_scouts-0.png
  • Logo_of_Macau_Scout-0.gif
  • maldives-0.jpg
  • mongolia-0.jpg
  • nepal-0.jpg
  • NZ-0.jpg
  • pakistan-0.png
  • philippine-0.png
  • Scouts_Australia.svg-0.png
  • sri_lanka-0.jpg
  • thailand-0.gif
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia