Kuala Lumpur :

 

APR Workshop on Creating Impact Through Brand Positioning and Advocacy 2018
PPM BAKAL AMBIL LANGKAH PROAKTIF BENDUNG SALAH GUNA LOGO

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) bakal mengambil langkah lebih proaktif untuk membendung salah guna logo badan beruniform berkenaan daripada digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terutamanya berkaitan dengan kegiatan politik. 

Ini susulan salah faham yang berlaku antara Gabungan NGO Malaysia dengan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM), apabila logo WOSM turut terlibat dalam kesepakatan menghantar calon-calon untuk bertanding atas tiket bebas pada PRU-14.

 

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

WOSM Tidak Ada Kaitan Dengan Pertubuhan Politik
Majlis Perasmian Mesyuarat Koordinator MOP Negara-negara di APR

Majlis perasmian gilang gemilang Mesyuarat Koordinator MOP Negara2 di APR di IYC semalam, dirasmikan oleh YBhg Dato' KPPN sebagai wakil kepada Tan Sri KPN berjalan dengan lancar.
WhatsApp Image 2018 04 13 at 12.24.22 PM

mesyuarat-mop2018-1
mesyuarat-mop2018-10
mesyuarat-mop2018-11
mesyuarat-mop2018-12
mesyuarat-mop2018-13
mesyuarat-mop2018-14
mesyuarat-mop2018-15
mesyuarat-mop2018-2
mesyuarat-mop2018-3
mesyuarat-mop2018-4
mesyuarat-mop2018-5
mesyuarat-mop2018-6
mesyuarat-mop2018-7
mesyuarat-mop2018-8
mesyuarat-mop2018-9
01/15 
start stop bwd fwd

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Jurulatih Antarabangsa Bertaraf Dunia untuk Pengakap Malaysia

kursus calt 2018

SEMENYIH -  Seramai 45 Pengakap Malaysia menghadiri Kursus Kejurulatihan Antarabangsa (CLT 2018) di Mutiara Semenyih Traning & Eco Village di sini, baru-baru ini.

Kursus diadakan selama seminggu itu bermula pada 9 hingga 15 Mac 2018.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata,  beliau berpuas hati semua objektif dalam program itu berjaya dicapai oleh peserta.

“Apa yang paling penting, peserta memahami dan menerima tujuan tentang prinsip dan cara-cara kepengakapan.

“Kedua, mereka mula menerima polisi dunia berkaitan program muda remaja, sumber dewasa dan pengurusan organisasi dan faham akan dasar latihan persekutuan pengakap Malaysia dan mengakui bahawa latihan adalah satu proses yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan Hadiah Khas kepada Peserta Terbaik Keseluruhan, Radien Bohari dari Kuala Lumpur.

Hadir sama bagi menjayakan program berkenaan adalah Pesuruhjaya Latihan Negara, PPM, Dr Ekbert Yong dan Pengarah Kursus, Hamdan Mohd Nor, yang juga merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

SUMBER: GPS Bestari

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

LATIH PEMIMPIN MUDA WARISI KEPIMPINAN YANG BERINTEGRITI

pengakap johor

MERSING - Pengakap Johor antara yang terbaik di negara ini dengan keahlian sehingga 26,000 orang meliputi semua peringkat.

Pesuruhjayanya, Yaacob A.Karim berkata Pengakap Johor begitu aktif di semua peringkat.

“Pengakap Johor terbaik kerana pertama kita mempunyai keahlian berdaftar yang ramai iaitu 26,000 ahli meliputi semua peringkat.

“Kita juga sarat dengan pelbagai aktiviti setiap minggu sampaikan ada sehingga tiga atau empat aktiviti peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian selepas Sambutan Hari Pengasas Pengakap Daerah Mersing 2018 di Mersing Harbour Centre, baru-baru ini.

Sambutan Anjuran Persekutuan Pengakap Daerah Mersing itu melibatkan ahli dari semua peringkat terutama dari seluruh sekolah di daerah Mersing sarat dengan pelbagai aktiviti termasuk radio amatur, ikatan dan simpulan, pameran, pertandingan mewarna serta membina gajet.

Menurutnya lagi, Pengakap negeri ini sungguh bertuah kerana memiliki ramai pemimpin pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan sedia ada.

“Johor paling ramai pemimpin muda yang kita latih untuk mewarisi kepimpinan sedia ada. Kita kukuhkan integriti bermula dari kecil lagi.

“Kita mahu remaja-remaja yang ada ini menjadikan minat sebagai hobi yang bermanfaat. Termasuklah aktiviti melukis, mewarna dan membuat gajet. Ini semua kegiatan yang akan memupuk kemahiran dan pengetahuan tertentu,” katanya.

Katanya, Pengakap juga membina warga bangsa yang berguna lengkap dengan elemen positif di dalam diri.

“Kita nak membangkitkan semangat golongan remaja untuk fahami diri sendiri jadi mereka perlu lengkapkan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kesukarelaan.

“Pengakap membina warga bangsa di mana apabila mereka sudah faham nanti mereka boleh menjadi warga bangsa yang berguna. Remaja kita tak akan miliki semua kekuatan tapi kekuatan yang satu atau dua itu kita tonjolkan,” katanya.

Tegasnya, ahli pengakap perlu menjadi diri sendiri dan berani membuat keputusan.

SUMBER: GPS Bestari

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Pak Long Mahu Cucu Warisi Minat Berpengakap

 

MELAKA: Walaupun usia sudah lanjut, minat seorang pesara guru, Mohd Sharif Kamardin, 76, terhadap persatuan pengakap tidak menghalangnya untuk mengikuti pelbagai program, termasuk perkhemahan, sehingga kini.

Mohd Sharif yang lebih mesra dipanggil Pak Long berkata, pembabitannya selama lebih 50 tahun dalam persatuan pengakap secara tidak langsung menjadi bukti kesetiaannya terhadap pasukan beruniform berkenaan.

pengakap123

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Majlis Tauliah Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Konsultan

 

Seramai 34 ahli Pergerakan Pengakap Malaysia (PPM) ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya dan Konsultan bagi Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Majlis Pertauliahan dan Lafaz Ikrar Taat Setia bagi sesi 2018/2019 telah diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia pada 3 Mac 2018.

Sumber: Bernama News

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Selamat Hari Pengasas Pengakap
200 Pengakap Negara Bakal Sertai Jambori Dunia 2019

SHAH ALAM - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memutuskan akan menghantar seramai 200 wakil pengakap Malaysia ke Jambori Dunia ke-24 yang dijadualkan akan berlangsung di West Virginia, Amerika Syarikat pada 22 Julai hingga 2 Ogos 2019.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Jamaluddin@Jamal Jinal berkata, penyertaan terbuka kepada mana-mana ahli pengakap di Malaysia dan pihaknya akan menilai melalui permohonan yang diterima dan memilih seramai 200 pengakap untuk menyertai jambori dunia.

"Kontinjen PPM akan mengambil kira peserta-peserta yang akan mengikuti jambori berkenaan dengan keadaan badan yang sihat tubuh badan, kecergasan fizikal serta ketahanan mental yang tinggi bila menghadapi kesusahan.

"Kita akan nilai dan saring permohonan, ini bagi mengelakkan sesuatu berlaku. Biarlah yang sihat kuat tubuh badan sahaja yang boleh menyertai jambori besar ini, kita bimbang jika berlaku akan ganggu seluruh jentera kontinjen nanti," katanya.

Menurutnya, Jambori Dunia 2019 akan membawa tema "Unlock a New World" dan dijangka akan disertai hampir 80,000 pengakap dari seluruh dunia.

"Jambori di West Virginia itu nanti akan berlangsung di tapak perkhemahan yang boleh menampung 80,000 orang peserta berbanding dengan Jambori Dunia 2016 di Jepun yang disertai kira-kira 47,000 pengakap.

"Kawasan perkhemahan kali ini adalah seluas 10,000 ekar dan lebih 100 aktiviti pelbagai aspek tingkat umur dan kemampuan dijangka akan disediakan," katanya.

Menurutnya, tarikh tutup penyertaan dan penyerahan borang kepada Ibu Pejabat Pengakap adalah pada 8 Mac 2018, namun sekiranya ada penyertaan yang ingin mengambil lebih masa akan dipertimbangkan.

Sementara itu, Jamal yang juga Ketua Kontinjen Pengakap Malaysia tidak menafikan kos setiap ahli pengakap untuk menyertai Jambori Dunia 2019 adalah tinggi namun pihaknya akan cuba membantu menerusi beberapa program yang telah diatur.
"Kos memang tinggi, namun kalau dikumpul sedikit demi sedikit dari sekarang, kos tersebut boleh mencukupi. Kita juga akan berusaha menjalankan kutipan derma daripada beberapa aktiviti ”fund rising” yang akan dijalankan pada tahun ini dan tahun depan bagi menampung kos pentadbiran dan pengurusan kontinjen.

"Saya juga menyeru, mana-mana badan korporat atau individu yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, sila terus berhubung dengan saya," katanya.

Image may contain: 1 person, smiling, sittingmesyuarat pengakap dunia2mesyuarat pengakap dunia3
 
Sumber : Sinar Harian Edisi Selangor & KL
Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Bengkel Memperkasa Pengakap Perempuan Peringkat Kebangsaan 2018
Selamat Tahun Baru Cina
Mesyuarat Jambori Pengakap Dunia 2018
Iklan Jawatan Kosong di Ibu Pejabat Pengakap Malaysia

Organisasi          

:

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur.

Jawatan    

:

Penolong Setiausaha Eksekutif

Melapor kepada

:

Ketua Pegawai Eksekutif

Kelayakan

:

Berkelulusan STPM atau Diploma atau kelayakan setaraf dalam bidang berkaitan pengurusan dengan CGPA 2.50 keatas.

Pengalaman       

:

2 tahun pengalaman kerja.

(Graduan tanpa pengalaman namun mempunyai rekod penglibatan didalam projek yang berprofil tinggi turut dipelawa untuk memohon)

Syarat khas

:

Keutamaan diberikan kepada ahli pengakap yang masih aktif dan berdaftar.

Tempoh Kontrak

:

3 bulan percubaan, 2 tahun kontrak dan boleh ditawarkan ke jawatan tetap sekiranya mempamerkan prestasi yang baik.

Rumusan

:

Penolong Setiausaha Eksekutif mestilah mempunyai pengetahuan berkaitan latihan dan program pengakap serta mempunyai pengetahuan asas untuk menghasilkan karya kreatif untuk membantu pelbagai bahagian/pasukan di dalam Ibu Pejabat PPM

Perincian tugas

:

Membantu pesuruhjaya di peringkat negara untuk membuat siaran maklumat dalam perkara yang berhubung dengan bidang latihan/program.

  • Menghadiri dan membantu di dalam mesyuarat atau perbincangan mengenai Jawatankuasa Latihan/Program Negara.
  • Menguruskan lawatan Pengakap Malaysia ke luar negara termasuk penyertaan kursus, bengkel, jambori, perjumpaan dan persidang-an serta menguruskan pelaksanaan kursus seperti yang telah diluluskan serta bertang-gungjawab mengeluarkan sijil kepada peserta kursus tersebut.
  • Membuat penilaian dan penyemakan semula ke atas keberkesanan kursus latihan/program yang diadakan oleh Ibu Pejabat serta menyediakan cadangan untuk kebaikannya.

Ciri-Ciri calon

:

Berfikiran kreatif dan mampu  untuk mencadangkan idea yang segar dan bernas untuk menawarkan penyelesaian kepada hal-hal berkaitan strategi komunikasi.

Fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Mempunyai etika kerja yang baik, berupaya untuk berkhidmat sebagai staff yang produktif dan mampu bekerjasama dengan semua pihak.

Mempunyai pengetahuan asas Adobe Creative Suite, seperti InDesign, Photoshop, Illustrator, Acrobat dan / atau produk rekaan lain adalah nilai tambah yang baik

Mampu mempamerkan kemahiran yang baik dengan menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)

Berinovatif

Mempunyai kesungguhan dalam membantu golongan muda untuk maju dan berjaya menjadi warganegara yang baik

Terma & Syarat

:

Waktu jam bekerja bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, namun kerja lebih masa mungkin diperlukan. Calon yang berjaya mestilah bersedia untuk bekerja pada hujung minggu apabila diperlukan dan cuti gantian bakal diberikan berdasarkan pertimbangan Ketua Pegawai Eksekutif.

Kelayakan cuti tahunan akan dimaklumkan sewaktu temuduga.

Cara permohonan

:

Permohonan mestilah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia tidak lewat dari jam 11.59 (GMT +7 waktu Malaysia) pada 3 Mac 2018 yang mengandungi:

Curriculum Vitae yang mengandungi maklumat Pendidikan dan sejarah kerjaya

Surat permohonan yang memperincikan mengenai kesesuaian anda untuk jawatan ini, kemahiran yang berkaitan, pengetahuan dan pengalaman yang selari dengan perincian tugas serta maklumat peribadi.

Permohonan dan pertanyaan mestilah dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau ke alamat seperti yang tertera diatas.

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Pertandingan Foto Pengakap APR ke 16 tahun 2018

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Foto Pengakap APR ke-16 2018 kini dibuka untuk penyertaan semua ahli pengakap. Dipelawa semua ahli Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menyertai pertandingan ini.

aprcontest16 2018

 

*Sila klik syarat pertandingan pada pautan di bawah

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Twitter feed for: beritarasmi_ppm. Generated by TwitRSS.me

80k sabah Copy

DIANGGARKAN lebih 80,000 ahli pengakap pelbagai peringkat, tauliah dan pangkat mengambil peluang bersama ribuan pengakap yang lain seluruh negara akan berkampung pada majlis Sambutan Hari Pengakap Sedunia di Sabah selaku tuan rumah pada tahun depan (2018).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang juga Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Datuk Dr. Awang Zaini Suntim berkata, cadangan Sabah sebagai tuan rumah pengelola sambutan Hari Pengakap Sedunia telah dipersetujui dalam satu mesyuarat peringkat kebangsaan baru baru ini.

Sehubungan itu, penghormatan itu harus dimanfaatkan oleh ahli pengakap di Sabah, terutama para pemimpin, penolong pemimpin dan para ahli pengakap seluruh negeri ini.

Menurutnya, negeri Sabah juga diberi penghormatan sebagai tuan rumah pengelola Jembori Pengakap Peringkat Negara Malaysia pada tahun 2021 sebelum menjadi tuan rumah pengelola Jembori Pengakap peringkat Borneo melibatkan peserta dari Sarawak, Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Sabah pada tahun 2020.

“Inilah antara jadual yang telah dipersetujui bersama dalam satu mesyuarat peringkat Borneo baru baru ini di mana, para pemimpin serta ahli pengakap peringkat dari akar digalakkan menyertai program program yang telah dirancang,” jelas Dr. Awang ketika berucap menangguhkan Kursus Manik Kayu 3A & 3B peringkat Pantai Barat Utara (PBU) di SMK Kundasang, Ranau baru baru ini.

Menurut beliau, jumlah ahli pengakap di Sabah kini mencecah 89,000 orang dan dijangka jumlah itu bertambah dari masa ke semasa atas kesedaran orang ramai terutama para pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan guru guru betapa pentingnya menyertai serta bergerak aktif dalam persatuan pengakap antara persatuan yang diiktiraf kerajaan dan termaktub dalam bilangan 784 Akta Parlimen yang menyedari Persatuan Pengakap sebagai gedung mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi.

Pengakap katanya, bukanlah satu pertubuhan atau persatuan NGO, sebaliknya ia satu persatuan di bawah pentadbiran dan diseliaaan kerajaan bagi menyatukan masyarakat antarabangsa.

“Saya mengharapkan kepada mana mana pemimpin atau ahli pengakap agar tidak mengaitkan dan menerapkan unsur atau pengaruh politik dalam pentadbiran serta kepimpinan pengakap, kerana itu bukan bidang kegiatan berpengakap,” tegas Dr. Awang yang berpengalaman berpengakap peringkat antarabangsa, sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.

Katanya, pengakap Sabah adalah antara yang terbaik di negara ini, manakala persatuan pengakap seluruh dunia kini mencecah 189 buah negara.

Beliau menyeru kepada semua Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya Pengakap, pemimpin pengakap daerah di Sabah, supaya mempertingkatkan kerjasama dan mengelakkan banyak bercakap, tetapi bekerja kurang, kerana budaya sedemikian amat merugikan ahli dan tidak menarik perhatian kepada mereka bakal untuk menganggotai persatuan.

“Kita juga amat mengharapakan gerakan berpersatuan pengakap ini dipertingkatan lagi keahlian di semua peringkat sama ada di peringkat sekolah menengah atau sekolah rendah dan desa,” jelasnya.

Katanya, mulai tahun depan (2018) semua urusan pendaftaran akan menggunakan sistem ‘E.Pendaftaran’ (Online) dari semua daerah dan sekolah.

Dalam pada itu katanya, satu Kursus Protokol dan Erika Pengakap peringkat negeri Sabah akan diadakan di Rumah Persekutuan Pengakap Negeri Sabah pada 27-30 September depan melibatkan peserta dari Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah selaku ruan rumah.

Katanya, kursus melibatkan 22 orang peserta dari beberapa daerah di Sabah yang dijadikan landasan kepada peserta menjadi seorang pemimpin pengakap berkualiti serta berketrampilan diri yang tinggi.

Beliau memuji keprihatinan serta kerjasama padu di kalangan jawatankuasa pelaksana kerana berjaya mengelola kursus dengan lancar serta teratur.

“Harapan kita bersama kepada semua peserta agar mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus itu untuk mencapai kecemerlangan bidang peranan dalam berpengakap sepanjang hayat,” tambahnya.

Inilah antara jadual yang telah dipersetujui bersama dalam satu mesyuarat peringkat Borneo baru baru ini di mana, para pemimpin serta ahli pengakap peringkat dari akar digalakkan menyertai program program yang telah dirancang. DATUK DR. AWANG ZAINI SUNTIM Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Tukar Bahasa

Kalendar

Takwim Aktiviti

No upcoming event!

Pelawat

We have 113 guests and no members online

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

749933
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
2423
2423
73014
749933

IP Pelawat: 54.162.184.214
20-05-2018 19:38

Laman Web Pengakap Sedunia

  • 1024px-Singapore_Scout_Association_no_scroll.svg-0.png
  • bhutan-0.jpg
  • china-0.png
  • fiji-0.png
  • Gerakan_Pramuka-0.png
  • hongkong-0.jpg
  • india-0.png
  • japan-0.png
  • korea-0.png
  • logo-of-bangladesh_scouts-0.png
  • Logo_of_Macau_Scout-0.gif
  • maldives-0.jpg
  • mongolia-0.jpg
  • nepal-0.jpg
  • NZ-0.jpg
  • pakistan-0.png
  • philippine-0.png
  • Scouts_Australia.svg-0.png
  • sri_lanka-0.jpg
  • thailand-0.gif
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia