Kuala Lumpur :

 

200 Pengakap Negara Bakal Sertai Jambori Dunia 2019

SHAH ALAM - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memutuskan akan menghantar seramai 200 wakil pengakap Malaysia ke Jambori Dunia ke-24 yang dijadualkan akan berlangsung di West Virginia, Amerika Syarikat pada 22 Julai hingga 2 Ogos 2019.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Jamaluddin@Jamal Jinal berkata, penyertaan terbuka kepada mana-mana ahli pengakap di Malaysia dan pihaknya akan menilai melalui permohonan yang diterima dan memilih seramai 200 pengakap untuk menyertai jambori dunia.

"Kontinjen PPM akan mengambil kira peserta-peserta yang akan mengikuti jambori berkenaan dengan keadaan badan yang sihat tubuh badan, kecergasan fizikal serta ketahanan mental yang tinggi bila menghadapi kesusahan.

"Kita akan nilai dan saring permohonan, ini bagi mengelakkan sesuatu berlaku. Biarlah yang sihat kuat tubuh badan sahaja yang boleh menyertai jambori besar ini, kita bimbang jika berlaku akan ganggu seluruh jentera kontinjen nanti," katanya.

Menurutnya, Jambori Dunia 2019 akan membawa tema "Unlock a New World" dan dijangka akan disertai hampir 80,000 pengakap dari seluruh dunia.

"Jambori di West Virginia itu nanti akan berlangsung di tapak perkhemahan yang boleh menampung 80,000 orang peserta berbanding dengan Jambori Dunia 2016 di Jepun yang disertai kira-kira 47,000 pengakap.

"Kawasan perkhemahan kali ini adalah seluas 10,000 ekar dan lebih 100 aktiviti pelbagai aspek tingkat umur dan kemampuan dijangka akan disediakan," katanya.

Menurutnya, tarikh tutup penyertaan dan penyerahan borang kepada Ibu Pejabat Pengakap adalah pada 8 Mac 2018, namun sekiranya ada penyertaan yang ingin mengambil lebih masa akan dipertimbangkan.

Sementara itu, Jamal yang juga Ketua Kontinjen Pengakap Malaysia tidak menafikan kos setiap ahli pengakap untuk menyertai Jambori Dunia 2019 adalah tinggi namun pihaknya akan cuba membantu menerusi beberapa program yang telah diatur.
"Kos memang tinggi, namun kalau dikumpul sedikit demi sedikit dari sekarang, kos tersebut boleh mencukupi. Kita juga akan berusaha menjalankan kutipan derma daripada beberapa aktiviti ”fund rising” yang akan dijalankan pada tahun ini dan tahun depan bagi menampung kos pentadbiran dan pengurusan kontinjen.

"Saya juga menyeru, mana-mana badan korporat atau individu yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, sila terus berhubung dengan saya," katanya.

Image may contain: 1 person, smiling, sittingmesyuarat pengakap dunia2mesyuarat pengakap dunia3
 
Sumber : Sinar Harian Edisi Selangor & KL
Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Bengkel Memperkasa Pengakap Perempuan Peringkat Kebangsaan 2018
Selamat Tahun Baru Cina
Mesyuarat Jambori Pengakap Dunia 2018
Iklan Jawatan Kosong di Ibu Pejabat Pengakap Malaysia

Organisasi          

:

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur.

Jawatan    

:

Penolong Setiausaha Eksekutif

Melapor kepada

:

Ketua Pegawai Eksekutif

Kelayakan

:

Berkelulusan STPM atau Diploma atau kelayakan setaraf dalam bidang berkaitan pengurusan dengan CGPA 2.50 keatas.

Pengalaman       

:

2 tahun pengalaman kerja.

(Graduan tanpa pengalaman namun mempunyai rekod penglibatan didalam projek yang berprofil tinggi turut dipelawa untuk memohon)

Syarat khas

:

Keutamaan diberikan kepada ahli pengakap yang masih aktif dan berdaftar.

Tempoh Kontrak

:

3 bulan percubaan, 2 tahun kontrak dan boleh ditawarkan ke jawatan tetap sekiranya mempamerkan prestasi yang baik.

Rumusan

:

Penolong Setiausaha Eksekutif mestilah mempunyai pengetahuan berkaitan latihan dan program pengakap serta mempunyai pengetahuan asas untuk menghasilkan karya kreatif untuk membantu pelbagai bahagian/pasukan di dalam Ibu Pejabat PPM

Perincian tugas

:

Membantu pesuruhjaya di peringkat negara untuk membuat siaran maklumat dalam perkara yang berhubung dengan bidang latihan/program.

  • Menghadiri dan membantu di dalam mesyuarat atau perbincangan mengenai Jawatankuasa Latihan/Program Negara.
  • Menguruskan lawatan Pengakap Malaysia ke luar negara termasuk penyertaan kursus, bengkel, jambori, perjumpaan dan persidang-an serta menguruskan pelaksanaan kursus seperti yang telah diluluskan serta bertang-gungjawab mengeluarkan sijil kepada peserta kursus tersebut.
  • Membuat penilaian dan penyemakan semula ke atas keberkesanan kursus latihan/program yang diadakan oleh Ibu Pejabat serta menyediakan cadangan untuk kebaikannya.

Ciri-Ciri calon

:

Berfikiran kreatif dan mampu  untuk mencadangkan idea yang segar dan bernas untuk menawarkan penyelesaian kepada hal-hal berkaitan strategi komunikasi.

Fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Mempunyai etika kerja yang baik, berupaya untuk berkhidmat sebagai staff yang produktif dan mampu bekerjasama dengan semua pihak.

Mempunyai pengetahuan asas Adobe Creative Suite, seperti InDesign, Photoshop, Illustrator, Acrobat dan / atau produk rekaan lain adalah nilai tambah yang baik

Mampu mempamerkan kemahiran yang baik dengan menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)

Berinovatif

Mempunyai kesungguhan dalam membantu golongan muda untuk maju dan berjaya menjadi warganegara yang baik

Terma & Syarat

:

Waktu jam bekerja bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, namun kerja lebih masa mungkin diperlukan. Calon yang berjaya mestilah bersedia untuk bekerja pada hujung minggu apabila diperlukan dan cuti gantian bakal diberikan berdasarkan pertimbangan Ketua Pegawai Eksekutif.

Kelayakan cuti tahunan akan dimaklumkan sewaktu temuduga.

Cara permohonan

:

Permohonan mestilah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia tidak lewat dari jam 11.59 (GMT +7 waktu Malaysia) pada 3 Mac 2018 yang mengandungi:

Curriculum Vitae yang mengandungi maklumat Pendidikan dan sejarah kerjaya

Surat permohonan yang memperincikan mengenai kesesuaian anda untuk jawatan ini, kemahiran yang berkaitan, pengetahuan dan pengalaman yang selari dengan perincian tugas serta maklumat peribadi.

Permohonan dan pertanyaan mestilah dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau ke alamat seperti yang tertera diatas.

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Pertandingan Foto Pengakap APR ke 16 tahun 2018

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Foto Pengakap APR ke-16 2018 kini dibuka untuk penyertaan semua ahli pengakap. Dipelawa semua ahli Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menyertai pertandingan ini.

aprcontest16 2018

 

*Sila klik syarat pertandingan pada pautan di bawah

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat Dan Sijil Pengakap Raja 'PPM Negeri Perak' Tahun 2018

pingatraja perak1

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan anugerah bintang dan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kepada 362 penerima dari negeri ini dalam satu majlis penganugerahan di sini.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan Sijil Pengakap Raja kepada 311 ahli Pengakap Negeri Perak yang menerima anugerah itu bagi tahun 1998 hingga 2016.

Anugerah Pengakap Raja merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli yang juga simbol kejayaan Pengakap Remaja yang berjaya menamatkan skima Lencana Pengakap Raja.
Mendahului senarai penerima ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang dianugerahkan Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak (BSR II). Turut menerima anugerah sama ialah Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mat Lazim Idris. BSR II adalah anugerah keempat tertinggi PPM dan dianugerahkan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti kepada pergerakan Pengakap.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan pingat kepada 49 orang penerima meliputi Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG); Pingat Perkhidmatan Cemerlang; Bintang Dato’ Seri Maharaja Lela (Perak); Pingat Dato’ Sagor (PDS) – Emas; Pingat Jasa Pengakap (PJP); Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Pingat Perkhidmatan Baik (PBB).

Turut menyaksikan upacara itu ialah Menteri Besar. Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Mohd Shafie Mohd Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd Majid

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Salam Takziah kepada Keluarga Tuan Sharil bin Kuru

24/1/2018 11.40 pagi - Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Sharil bin Kuru, Penolong Setiausaha Eksekutif Latihan PPM telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. 

innalillahi

Tuan Sharil bin Kuru, 46 tahun, berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif Latihan selama 13 tahun di Ibu Pejabat PPM. Sebelum berkhidmat di Ibu Pejabat PPM beliau juga bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat di Angkatan Tentera Malaysia, Markas Logistik Kem Kementah selama 13 tahun. Beliau juga seorang yang berdisiplin tinggi serta gigih dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta mempunyai kemahiran ala tentera. Selain itu, beliau seorang yang mudah mesra dengan sesiapapun, sering memberikan tunjuk ajar kepada pengakap-pengakap serta seorang yang berhemah tinggi.

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Kenyataan Rasmi : Penganjuran Larian Keamanan 2018

Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia ingin membuat kenyataan BAHAWA Persekutuan Pengakap Malaysia tidak menganjurkan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Larian Keamanan Pengakap 2017 dan Larian Keamanan Pengakap Tahun 2018 seperti yang diwar-warkan di dalam akaun Facebook “ Larian Keamanan Pengakap 2018”.

Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun Facebook berkenaan. Kami ingin menasihatkan orang ramai untuk merujuk kepada saluran-saluran rasmi kami untuk sebarang infomasi terkini. Saluran-saluran rasmi kami termasuklah laman sesawang kami,

1. Website: www.pengakapmalaysia.org

2. Facebook: mediarasmi_ppm

3. Twitters: beritarasmi_ppm

4. Instagram: beritarasmi_ppm

Setakat ini kami pernah menganjurkan Larian Pengakap Tahun 2016 sahaja dan tidak ada lagi aktiviti seperti tersebut di luluskan oleh Majlis Eksekutif Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun-tahun selepasnya. Dengan demikian, pihak kami tidak akan menganggung sebarang kerugian atau apa-apa tuntutan daripada pihak orang ramai. Pihak kami juga akan mendakwa dan membuat tindakan mahkamah sekiranya mana-mana individu atau syarikat yang salah laku mempergunakan logo dan nama Persekutuan Pengakap Malaysia tanpa kelulusan dari pihak kami.

Dato’ Raja Ruslan Bin Raja Samah,
Ketua pegawai Eksekutif
Persekutuan Pengakap Malaysia.

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Program Apresiasi Kepimpinan MPKLM

Program Apresiasi Kepimpinan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLMIPG) telah diadakan pada 16 dan 17 Disember 2017 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Pengisian program itu diadakan mesyuarat MPKLMIPG, penubuhan Kelab Alumni MPKLMIPG, Malam Apresiasi MPKLMIPG dan Bengkel Profesionalisme Pensyarah, Pemimpin dan Jurulatih. Disamping itu, pada program tersebut diadakan Pertandingan Bowling Piala Apresiasi MPKLMIPG.  

mpklm1

 

Klik untuk Berita Penuh Di Bawah

Twitter feed for: beritarasmi_ppm. Generated by TwitRSS.me
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai Forum Pendidikan Pengakap (EduFor) Wilayah Asia Pasifik di Bangladesh untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.
Attachments:
Download this file (IMG_20170907_0001_opt.pdf)Lampiran[ ]1054 kB

Tukar Bahasa

Kalendar

Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

Takwim Aktiviti

12
Mar
Savanna Hill Resort, Ulu Tiram
-
Ulu Tiram
Peserta : Ahli Pengakap Pendidikan Khas

Pelawat

We have 45 guests and no members online

Makluman & Berita

Jika ada sebarang berita, notis, makluman atau bahan kreatif yang berkaitan Pengakap bolehlah menghantarkan email kepada berita@pengakapmalaysia.org. Berita hendaklah lengkap dengan butiran acara, gambar dan penerangan ringkas. Untuk notis acara, email hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara berlangsung. 

Statistik Pelawat

476986
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat
1626
6925
37955
476986

IP Pelawat: 54.227.48.147
20-02-2018 11:53

Laman Web Pengakap Sedunia

  • 1024px-Singapore_Scout_Association_no_scroll.svg-0.png
  • bhutan-0.jpg
  • china-0.png
  • fiji-0.png
  • Gerakan_Pramuka-0.png
  • hongkong-0.jpg
  • india-0.png
  • japan-0.png
  • korea-0.png
  • logo-of-bangladesh_scouts-0.png
  • Logo_of_Macau_Scout-0.gif
  • maldives-0.jpg
  • mongolia-0.jpg
  • nepal-0.jpg
  • NZ-0.jpg
  • pakistan-0.png
  • philippine-0.png
  • Scouts_Australia.svg-0.png
  • sri_lanka-0.jpg
  • thailand-0.gif
Go to top
PPM HQ

Hakcipta © 2017 - Persekutuan Pengakap Malaysia