Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Selain pengakap kanak-kanak, kira-kira 400 pemimpin dan 300 petugas juga bersama dalam program selama empat hari ini di Kem  Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus di sini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dr. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berbesar hati menerima kedatangan ahli-ahli pengakap dari seluruh negara.

“Saya yakin aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia sepanjang program banyak memberi manfaat kepada para peserta untuk untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga,” ujarnya.

Katanya, pengakap dikenali dengan  kerja-kerja membangunkan sahsiah kanak-kanak dan remaja dengan menyemai nilai hidup yang baik.

“Sememangnya soal moral dan kerohanian merupakan perkara yang sangat penting dalam pembangunan modal insan.

"Tumpuan yang ditonjolkan pengakap adalah selari dengan dasar kerajaan negeri yang menitikberatkan soal pembangunan  modal insan berasaskan prinsip Islam,"ujarnya.