Tahniah untuk semua peserta Anugerah BP 2012
Selangor 2 Januari 2013 - Majlis Penilaian dan Upacara Anugerah BP Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan telah pun tamat. Majlis penutup dan tauliah telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah lulus dengan cemerlang. Mohd Johari bin Sa'ed (paling kiri barisan hadapan) telah dipilih menjadi peserta terbaik untuk Mini Radio Amateur Examination (RAE). Ucapan ribuan terima kasih untuk Pasukan Latihan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia, Pesuruhjaya Latihan Negara Haji Shukor bin Mohsin, semua Penilai Utama, Penilai serta Penolong Penilai juga kesemua yang terlibat. Moga kita berjumpa lagi di Anugerah BP 2013.
BPaward
Galeri gambar
Tahniah untuk semua Penolong Ketua Pesuruhjaya serta kesemua Pesuruhjaya.
Kuala Lumpur 14 Januari 2013 - Satu Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara siri 5/2013 telah diadakan di Ibu Pejabat PPM (BP House) Kuala Lumpur semalam. Majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh serta dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman. Turut dijalankan adalah majlis penganugerahan dan pembaharuan tauliah kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya, Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan. Majlis yang berjalan lancar walaupun hujan sepanjang hari tidak mematahkan semangat serta sokongan ahli yang hadir baik dari utara sehingga ke Malaysia Timur. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada yang hadir serta tahniah kepada yang telah diperbaharui tauliahnya.
Ucapan perasmian dari Ketua Pengakap Negara Pembaharuan tauliah Pesuruhjaya Negeri
Kursus Peningkatan Profesionalisma Pentaraf Pengakap Raja 2013.
Mesyuarat Penubuhan Yayasan Pengakap Malaysia
BP House, Kuala Lumpur 19 Februari 2013 - Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa penaja bagi Penubuhan Yayasan Pengakap Malaysia.
Pada pukul 3.00 petang, 19 Februari 2013, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menempa sejarah setelah 105 tahun penubuhan pengakap di Malaysia, satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan Yayasan Pengakap telah diadakan di Ibu Pejabat Pengakap, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Abdul Kader Bin Md. Nor, iaitu Timbalan Pesuruhjaya Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia dan dihadiri oleh ahli jawatan kuasa penaja yang dilantik iaitu seramai 15 orang dari 23 orang kesemuanya.
Dalam mesyuarat tersebut, semua ahli jawatan kuasa penaja bersetuju melantik YBhg Datuk Ismail Bin Ramli, Ahli Yang di Pilih, Majlis Pengakap Malaysia, PPM sebagai Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Yayasan Pengakap Malaysia. Secara dasarnya, penubuhan Yayasan Pengakap ini adalah semata-mata untuk menjadi satu badan kebajikan kepada seluruh ahli pengakap. Walau bagaimanapun, mesyuarat ini adalah langkah pertama pihak jawatan kuasa penaja yayasan untuk memulakan penubuhan yayasan ini dan banyak lagi perkara yang perlu di buat demi untuk memajukan pergerakan pengakap di Malaysia.
Kursus Peningkatan Profesionalisma Pentaraf Pengakap Raja 2013.
Balakong, Selangor 17 Februari 2013 - Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta yang telah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisma Pentaraf Pengakap Raja 2013 yang telah diadakan di Pusat Latihan Pengakap Negara di Balakong. Seramai 75 orang peserta yang terdiri dari Jurulatih, Penolong Jurulatih serta Pemimpin Pengakap dari seluruh Malaysia telah menghadiri kursus selama 3 hari 2 malam itu. Diharap dengan ilmu yang telah dicurahkan kepada mereka akan berjaya menghasilkan ahli Pengakap Raja yang berkualiti untuk menyumbangkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.
IMG_7335_1
Pelancaran Bandar Baru Beaufort oleh YAB Perdana Menteri
Beaufort, Sabah 14 Februari 2013 - Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah hadir kemajlis perasmian bandar baru Beaufort serta turut merasmikan tanah dan bangunan Pengakap dikawasan tersebut. Turut hadir dimajlis tersebut adalah perwakilan Persekutuan Pengakap Malaysia dari negeri Sabah.
PM1 PM2 PM3 PM4
PM5 PM6 PM7
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa The World Buddhist Scout Brotherhood akan menganjurkan 2nd Symposium 2013 pada 1-21 Julai 2013 bertempat di Zanabazar Buddhist University, Gandategchenlin Monastery di Ulaanbaatar, Mongolia.

Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (ppM) berharap agar YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua ahli pengakap diperingkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri.

Muat turun borang penyertaan
Jambori Antarabangsa Nepal ke 2
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Nepal Scouts National Headquarters akan menganjurkan 2no National Scout Jamboree pada 10-15 April 2013 bertempat di Tikauli, Chitwan, Nepal.

Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua ahli pengakap diperingkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri.

Muat turun borang penyertaan
World Buddhist Scout Brotherhood, 2nd Symposium 2013
Dengan hormat dan sukacitanya merujuk kepada surat PPM-2(068)/2013 bertarikh 13 Feb 2013 berkaitan perkara diatas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, bagi pihak PPM, dukacita ingin dimaklumkan kepada YBhg- Prof. Dato', bahawa perancangan untuk mengadakan Kolokium Pengakap Malaysia yang dijadual akan diadakan pada 8-10 Mac 2013 bertempat di Universiti Sains Malaysia terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan serta memberi laluan kepada Pilihanraya ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Oleh itu, Persekutuan Pengakap Malaysia memohon ribuan kemaafan diatas penundaan tarikh tersebut demi untuk kebaikan bersama.

Notis penangguhan
Penangguhan Kolokium Pengakap Malaysia 2013
Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan Yang Baru.
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara telah melantik YBhg. Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan. Penyampaian Tauliah dan majlis mengangkat sumpah telah disempurnakan dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MPN Kelantan pada 15 Mac 2013.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin diatas perlantikan tersebut.
Balakong, Selangor 17hb Mac 2013 - Majlis meraikan serta pemakaian epolet kepada ahli Pengakap Seumur Hidup telah berlangsung di Pusat Latuhan Pengakap Malaysia di Balakong kelmarin. Seramai 9 orang ahli Pengakap telah diraikan pada majlis yang julung-julung kali diadakan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh ahli tersebut terhadap pergerakan Pengakap di Malaysia. Diharap dengan permulaan ini akan ada lebih banyak ahli Pengakap yang sudi mendaftar untuk menjadi ahli Pengakap Seumur Hidup serta bersama-sama mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa.
Majlis Penghargaan Kepada Ahli Pengakap Seumur Hidup.
Balakong, Selangor 17hb Mac 2013 - Satu majlis ringkas menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) telah diadakan diantara Scout Human Resources Sdn. Bhd. dengan syarikat Spidercomm Sdn. Bhd. Majlis yang turut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir serta Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman juga dihadiri beberapa tetamu kehormat yang lain.

Dengan termeterainya perjanjian ini pihak Spidercomm Sdn. Bhd. akan menguruskan sebuah portal maya Pengakap yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya pada awal bulan May 2013 ini. Portal yang berkonsepkan sosial ini diharapkan akan menjadi satu platform untuk semua ahli Pengakap yang berdaftar untuk saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga akan menawarkan khidmat kedai maya dimana ahli Pengakap boleh menjual atau bertukar barangan kelengkapan Pengakap diantara mereka.

Diharap dengan adanya portal maya ini akan meningkatkan lagi martabat Pengakap Malaysia dimata dunia.
Pengakap Malaysia Menempa Sejarah Baru Multimedia.
Jambori MRSM SeMalaysia Kali Ke-25 2013
Kuala Lipis, Pahang 25hb Mac 2013 - Bertempat di tapak perkhemahan Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang dengan seramai 800 orang peserta, Malam Indaba Jamboree dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Haji Shahrum Bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Dalam ucapan YB Dato’ KPPN telah melahirkan hasrat kepada kepimpinan tertinggi MRSM untuk membentuk satu komuniti yang khusus bagi melahirkan lebih ramai Pengakap Raja kepada Pengakap-pengakap MRSM. Beliau juga menyarankan agar pemimpin-pemimpin MRSM dihantar untuk berkursus dan mendapat latihan diperingkat negeri mahupun diperingkat negara. Selain dari itu, YB Dato’ KPPN menyarankan agar semua ahli ahli Pengakap MRSM menjalankan sistem pendaftaran pada tiap-tiap tahun agar perjalanan ahli-ahli Pengakap mengikut garis panduan dan prosedur Pengakap diperingkat kebangsaan.
IMG_4196 IMG_4209 IMG_4222
IMG_4242 IMG_4898 IMG_4906
Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia Kali Ke-9.
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka akan menganjurkan Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia kali ke-9 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 hingga 30 Mei 2013
Tempat : Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka
Bayaran Penyertaan : RM 60.00 seorang
Aktiviti : Terdapat lebih l0 aktiviti-aktiviti menarik disediakan

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikepilkan butiran mengenai program yang akan diadakan beserta borang penyertaan dan surat kelulusan pelepasan dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk makluman bakal peserta serta tarikh pengesahan penyertaan perlu dihantar ke Sekretariat Jambori melalui email selewat-lewatnya pada 10 April 2013.

Sebarang pertanyaan mengenai program yang akan diadakan, bakal peserta bolehlah merujuk terus kepada Sekretariat Jambori dialamat Urusetia Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia kali ke-9, No. 674-A, Taman  Melaka Raya, 75000 Bandar Hilir, Melaka atau melalui email pengakapmelaka@yahoo.com atau berhubung terus di talian telefon 06-2911978.

Borang program
Borang pelepasan
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kawasan Asia Pasifik / Asia Pacific Region Sub Committee Region
Batu Maung, Pulau Pinang 1hb April 2013 - Satu majlis makan malam sempena menyambut ketibaan semua ahli Mesyuarat APR Sub-committee telah diadakan pada 1hb April 2013. Majlis yang berlangsung di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang ini telah dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mengalu-alukan semua peserta-peserta APR Sub-committee bahagian Pengurusan yang akan bermesyuarat pada 2hb April, 2013 di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Pulau Pinang.

Batu Maung. Penang 1st April 2013 - A welcome dinner had been organised by The Scouts Association of Malaysia to celebrate all the APR Sub-committee Meeting delegates at Pen Mutiara Restaurant. The official meeting will be held at Seri Malaysia Hotel at Bayan Baru, Penang.
BMC BMC BMC BMC
BMC BMC BMC BMC
BMC BMC BMC BMC
49th Basic Management Course Melabuhkan Tirainya
Pulau Pinang 14 April 2013 - 49th APR Basic Management Course telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad 14hb April 2013 yang lalu. Majlis penutupan telah disempurnakan dengan jayanya oleh Naib Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia. Dato Seri Paduka Dr. Haji Abd. Aziz Jamaludin bin Md. Tahir.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan serta lagu pengakap dan diikuti dengan persetiaan pengakap serta doa selamat. Pesuruhjaya Latihan Pengakap Malaysia Datuk Paduka Haji Abdul Shukor bin Mohsin membuka tirai majlis dengan sedikit ucapan alu-aluan serta ucapan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus.

Selepas itu berlangsung majlis penganugerahan pingat-pingat jasa pengakap kepada beberapa orang individu termasuk Timbalan Canselor Universiti Sains Malaysia Professor Dato' Omar Osman sebagai menghargai sumbangan beliau kepada pergerakan Pengakap.

Diikuti pula dengan ucapan pengulungan kursus oleh Pengarah Kursus, Encik S. Prassanna serta penyampaian sijil tamat kursus. Chairman, APR Management Sub-Committee Mr. Malcolm Tan pula menyampaikan ucapan beliau setelah selesai acara penyampaian sijil.

Ucapan penutupan pula dilakukan oleh Dato Seri Paduka Dr. Haji Abd. Aziz Jamaludin bin Md. Tahir. Dalam ucapannya beliau berharap agar kursus sedemikian boleh dianjurkan dengan kerap agar dapat melahirkan ahli pengakap yang berkualiti untuk membimbing generasi pelapis negara. Ini dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni yang disemai semenjak kecil lagi.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan untuk peserta dan tetamu.
49th APR Basic Management Course already comes to a close on Sunday 14th April 2013 ago. The closing ceremony was completed successfully by the Vice-Chairman of the Malaysian Scout Council. Dato Seri Paduka Dr. Haji Abd. Aziz Jamaludin bin Md. Tahir.

The ceremony began with the singing of the national anthem and followed by a scout promises and a prayers. Scouts Training Commissioner of Malaysia Datuk Paduka Haji Abdul Shukor bin Mohsin opened the ceremony with a little welcoming speech and congratulated all participants who successfully complete the course.

After the award ceremony took place, a scouting medals had been given to a number of individuals including Vice-Chancellor of Universiti Sains Malaysia Professor Dato Omar Osman, in appreciation of his contributions to the Scouting movement.

Followed by a speech by Workshop Director Mr. S. Prassanna and course completion certificate presentation. Chairman, APR Management Sub-Committee Mr. Malcolm Tan delivers his speech after the presentation of certificates of completion.

Closing speech was made by Dato Seri Paduka Dr. Haji Abd. Aziz Jamaludin bin Md. Tahir. In his speech, he hoped that such courses can be organized on a regular basis in order to produce the quality Scouts Leader to guide the development of future generations. This can be applied to the values instilled since childhood.

The event ended with a luncheon for participants and guests.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Latihan Negara dan lawatan ke tapak Perkampungan Pengakap 2013.
IMG_8140 IMG_8143 IMG_8146 IMG_8153 IMG_8156
IMG_8190 IMG_8192 IMG_8197 IMG_8218 IMG_8224