Persekutuan Pengakap Malaysia The Scouts Association of Malaysia
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Rumah B-P Jalan Hang Jebat.  50150 Kuala Lumpur. Malaysia.
Tel : +603-2078 0836, +603-2070 6978, +603-2072 0152        Faks : +603-2070 9057          Email : pengakap@scouts.my
Jambori Pengakap Antarabangsa Selangor 2014 12-18 September.
28/08/14
Seramai 3,000 ahli pengakap dari seluruh negara, Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura akan menyertai Jambori Antarabangsa Pengakap Selangor 2014 pada 12 hingga 18 September ini.

Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor (Pengakap Remaja), Md. Arrif Hairoman berkata, jambori bertemakan Pelastarian Alam Sekitar Melalui Kepengakapan itu akan diadakan di Mutiara Semenyih Training Villages & Eco Resort, Semenyih, Hulu Langat, Selangor.

``Penyertaan masih dibuka kepada semua ahli pengakap sehingga 16 Ogos dengan yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM80 seorang,'' katanya yang juga setiausaha penganjuran jambori itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, jambori anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Untuk keterangan lanjut mengenai jambori tersebut, hubungi Md. Arrif di talian 013-6048291 atau Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor (Latihan dan Sumber Dewasa), Noorhashim Ismail di talian 019-3548220.
Berita bergambar.
28/08/14
Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh sedang berucap dalam majlis perasmian Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.



Berita bergambar
28/08/14
Sebahagian peserta sedang melakukan latihan untuk persembahan pada majlis perasmian Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2014 yang akan bermula pada pukul 8.30 malam ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


2014 Mount Kilimanjaro Expedition, Tanzania 16 - 25 September 2014
20/08/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai 2014 Mount Kilimanjaro Expedition, Tanzania  pada 16 - 25 September 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran
Siaran Jambori Sempadan Pengakap Perlis, Jambori Di Udara ke-57 dan Jambori Di Internet ke-13 Peringkat Dunia tahun 2014
14/08/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat Siaran Jambori Sempadan Pengakap Perlis, Jambori Di Udara ke-57 dan Jambori Di Internet ke-13 Peringkat Dunia tahun 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran
Berita bergambar
13/08/14
Gambar menunjukkan Ketua Pengakap Negara bersama delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia yang lain hadir dalam Persidangan Pengakap Sedunia Ke-40 di Slovenia.

Sumber dari FB PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA - RASMI : Balai Berita

Penarikan semula kelulusan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM ke The 5th Islamic Private School Scout Jamboree 2014 bertempat di Hatyai Municipali​ty Scout Camp, Hatyai District, Songkhla Province, Thailand pada 20 hingga 28 Ogos 2014.
13/08/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat penarikan semula kelulusan dari bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM untuk program The 5th Islamic Private School Scout Jamboree 2014 bertempat di Hatyai Municipality Scout Camp, Hatyai District, Songkhla Province, Thailand pada 20 hingga 28 Ogos 2014 ini untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran
Surat Kelulusan dan Pelepasan tugas serta belajar untuk Kem Pertolongan Cemas Kebangsaan 2014, Selangor dan Kursus Kepimpinan Unit Pengakap Kebangsaan 2014,Melaka.
10/08/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat kelulusan dan pelepasan tugas serta belajar dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Butiran kepilan adalah seperti berikut :

1. Kem Pertolongan Cemas Kebangsaan 2014, Selangor

2. Kursus Kepimpinan Unit Pengakap Kebangsaan 2014,Melaka

*** adalah dipohon pihak Tuan/Puan menghantar borang penyertaan yang lengkap bagi tujuan pentadbiran di peringkat Ibu Pejabat PPM.

Lampiran
Permohonan untuk mengikuti Program Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Lumut-Lan​gkawi-Lumu​t)
05/08/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dipanjangkan surat dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengenai Permohonan untuk mengikuti Program Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Lumut-Langkawi-Lumut) pada 7 hingga 20 Oktober 2014 dan 5 hingga 18 November 2014.

Untuk makluman Tuan/Puan, Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program tersebut Tuan/Puan, boleh lah merujuk terus dengan pihak sekretariat seperti terkandung di dalam kepilan.

Adalah dipohon pihak Tuan/Puan, memanjangkan makluman tersebut kepada semua ahli pengakap diperingkat Negeri dan Daerah berumur 18 hingga 35 tahun di bawah jagaan YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program tersebut.

Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Lampiran

JOTA JOTI Asia Pacific Region 2014
04/08/14
JOTA JOTI Asia Pacific Region 2014 yang berlangsung Sekolah Kebangsaan Setiawangsa baru-baru ini telah mendapat sambutan yang amat membanggakan meskipun ia berlangsung dalam kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lebih dari 150 peserta menyertainya yang terdiri dari Pengakap Kanak-kanak hinggalah Pengakap Kelana dari Kuala Lumpur hinggalah Kelantan.

Majlis yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Pesuruhjaya Latihan Negara Dato' Paduka Haji Abdul Shukor bin Mohsin pada 1 Ogos 2014.Majlis gilang gemilang tersebut diserikan lagi dengan persembahan bunga api dan persembahan oleh peserta.

Sebanyak lebih dari 100 stesen radio amatur telah berjaya dihubungi termasuklah stesen-stesen JOTA tempatan. Beberapa acara  juga telah dijalankan secara serentak termasuk aktiviti JOTI atau Jambori menggunakan internet, kod morse, semafor, geo tagging, fox hunt dan juga mini RAE.

Pada hari Ahad berikutnya majlis perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YH Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman. Dalam ucapan ringkasnya beliau telah menasihatkan semua ahli Pengakap supaya tidak mudah terikut-ikut dengan budaya asing yang kian menular didalam pergerakan Pengakap Malaysia. Tegasnya lagi budaya asing tersebut sedikit sebanyak boleh menganggu gugat keharmonian yang telah lama dipupuk sesama ahli Pengakap amnya.

Galeri Imej
Berita bergambar
22/07/14
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Encik Ahmad Sabri Saad (dua dari kanan) menyerahkan cenderamata daripada Persekutuan Pengakap Macau kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman yang diperolehinya ketika menghadiri Bengkel Pemerolehan Dana Rantau Asia Pasifik di Macau dua minggu lalu pada Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara Siri 12/2014 di sini, kelmarin.

* Ralat - Harap maaf kesilapan teknikal pada nama Encik Ahmad Sabri Saad pada awal artikel. Kesilapan adalah tidak disengajakan.

Berita bergambar
22/07/14
KUALA LUMPUR 21 Julai - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman menyerahkan bubur lambuk kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Ismail Ku Ishak sambil diperhatikan oleh Ketua-Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara sempena Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara Siri 12/2014 di sini, kelmarin.

Penerbangan Malaysia Airlines MH#17 - Takziah
22/07/14
18 Julai 2014

Rakan sekerja yang dihormati;
Kawan yang dihormati:

Saya begitu sedih apabila terdengar berita mengenai penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH#17 yang ditembak dan terhempas di Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur awal pagi hari ini.

Ucapan takziah ditujukan kepada keluarga dan sahabat handai 298 mangsa (penumpang dan anak kapal) dalam nahas tersebut.

Ingin saya katakan, kita semua terkejut dengan berita tersebut. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dijangka dalam kehidupan. Walaupun kita sentiasa cuba berhati-hati dan berwaspada, namun terdapat perkara-perkara di luar kawalan yang tidak mampu kita elak. Mari kita lakukan yang terbaik dalam hidup ini dan mewujudkan dunia yang lebih baik kepada semua orang.

Sila menyertai saya dalam mengingati mangsa-mangsa MH#017 yang tidak bersalah dalam fikiran dan doa anda.

Yang ikhlas,

Scott A. Teare
Setiausaha Agung
Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM)
Berita bergambar
22/07/14
Pesuruhjaya Latihan Negara, Dato' Paduka Abdul Shukor Mohsin (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Pengakap Negara, Dato' Seri Dr. Andrew Lim atas sumbangannya menjayakan Program Khidmat Masyarakat dan Serah Bubur Lambuk Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (Pulapem), semalam.

Berita bergambar
22/07/14
Ahli Majlis Pengakap Negara, Dato' Seri Dr. Andrew Lim (dua dari kiri) membantu pengakap-pengakap kelana memasak bubur lambuk pada Program Khidmat Masyarakat dan Serah Bubur Lambuk Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (Pulapem), semalam.

Berita bergambar
22/07/14
KUALA LUMPUR 20 Julai - Seorang anggota pengakap kelana bergambar bersama anak-anak yatim sebelum menyerahkan bubur lambuk kepada mereka sempena Program Khidmat Masyarakat dan Serah Bubur Lambuk Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (Pulapem), semalam.

60 Pengakap Kelana jayakan program edar bubur lambuk.
22/07/14
Oleh: MOHD. AZRAIE MD. YUSOF

KUALA LUMPUR 20 Julai - Seramai 60 ahli pengakap yang terdiri daripada Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta anggota kelana dari sekitar Selangor menjayakan Program Khidmat Masyarakat dan Serah Bubur Lambuk Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) anjuran Pasukan Latihan Negara PPM.

Program yang diadakan selama dua hari sejak kelmarin di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (Pulapem) itu turut melibatkan kira-kira 30 anak yatim dari sekitar Balakong, Selangor.

Pesuruhjaya Latihan Negara, Dato' Paduka Abdul Shukor Mohsin berkata, beliau tidak menyangka program itu mendapat sambutan daripada ahli-ahli pengakap kelana tersebut yang kebanyakannya baru sahaja menerima Anugerah Baden Powell (BP) di Pulau Pinang pada hujung bulan lalu.

``Tak sangka pula program ini mendapat sambutan kerana kami tidak menguar-uarkannya.

``Alhamdulillah dengan kerjasama mereka, kita dapat menghasilkan 700 bekas bubur lambuk yang kemudiannya diedarkan ke surau-surau, masjid, rumah anak yatim serta warga emas yang berdekatan,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Pulapem, semalam.

Yang turut hadir pada program itu ialah Ahli Majlis Pengakap Negara, Dato' Seri Dr. Andrew Lim yang merupakan antara penyumbang dana kepada program tersebut.

Menurut Abdul Shukor, hari pertama program diisi dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan yang sememangnya sudah sinonim dengan pengakap kelana iaitu bergotong-royong membersihkan rumah-rumah anak yatim serta surau berdekatan.

``Hari kedua iaitu hari ini, mereka masak bubur lambuk menggunakan dua periuk besar dan menyediakan sendiri juadah berbuka puasa. Pada malam ini juga kita ada pengisian kerohanian iaitu bacaan Al-Quran, ceramah agama dan solat tarawih,'' ujarnya.

Sementara itu, Andrew berkata, beliau berasa berbesar hati dan gembira kerana dapat memberi sumbangan bagi menjayakan program berkenaan.

``Walaupun berbeza agama, namun ia tidak menghalang saya untuk memberi sumbangan kepada rakan-rakan Muslim terutama ahli-ahli pengakap kerana kami adalah bersaudara, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

``Melihat mereka gembira terutama anak-anak yatim, saya pun menjadi gembira. Saya berbangga dengan pengakap-pengakap kelana yang telah menjayakan program ini,'' ujarnya.
Surat Kelulusan Dan Pelepasan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM Untuk Menyertai Pertandingan Kemahiran Dan Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2014
22/07/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan SURAT KELULUSAN DAN PELEPASAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN KEMAHIRAN PENGAKAP LAUT DAN PERHIMPUNAN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Justeru itu, dimaklumkan juga mengenai tarikh tutup bagi penyertaan Program tersebut adalah pada 14 Ogos 2014.

Sebarang penyertaan Tuan/Puan, bolehlah merujuk terus kepada Saudara Mohd Hilmi Abu Bakar ditalian 012-3263126.

Lampiran

Kursus Kepimpinan Unit Pengakap Kebangsaan 2014
22/07/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan mengenai Kursus Kepimpinan Unit Pengakap Kebangsaan 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Bengkel Kelestarian Kembara Peringkat Kebangsaan 2014
22/07/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai Bengkel Kelestarian Kembara Peringkat Kebangsaan 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Kem Pertolongan Cemas Kebangsaan 2014
22/07/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai Kem Pertolongan Cemas Kebangsaan 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Surat siaran World JOTA JOTI 2014
15/07/14
Disertakan disini surat pekeliling dari World JOTA-JOTI Team tentang 57th
Jamboree-On-The-Air - 18th Jamboree-On-The-Internet, yang akan
diadakan pada 18-19 Oktober 2014 untuk makluman Tuan / Puan.

Lampiran


Surat Kebenaran dan Kelulusan Pelepasan Menyertai 10TH AIR / INTERNET ASIA PACIFIC REGIONAL JAMBOREE 2014
09/07/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan Surat Kebenaran dan Kelulusan Pelepasan Menyertai 10TH AIR / INTERNET ASIA PACIFIC REGIONAL JAMBOREE 2014 dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Pengakap aktif di Pulau Pinang / An active Scouts in Penang
29/06/14
Pulau Pinang. Pada 23~25 hb Jun, 2014 bertempat di Seameo Recsam, Pulau Pinang telah berlangsung Bengkel 'Scout of the World-Discovery' Peringkat Kebangsaan. Seramai 21 orang peserta Pengakap Kelana yang kebanyakkannya terdiri dari pemegang Anugerah BP dari seluruh negara mengambil bahagian. Bengkel ini dikendalikan oleh Mr. Syd Castelo, Adult Development Director, Asia-Pacific Region dari Ibu Pejabat Pengakap APR di Manila. Peserta yang menyertainya ialah dari 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, WPKL, Johor dan KLKM. Bengkel ini juga dirasmikan YH Dato’ Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Terdapat beberapa aktiviti luaran bagi bengkel ini iaitu semua peserta bengkel didedahkan dengan kegiatan sosial iaitu ke pusat kitar semula sampah Tzu Chi, dan juga projek penanaman benih pokok bakau di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Upacara Majlis Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Paduka Haji Abdul Shukor Bin Mohsin, Pesuruhjaya Latihan Negara dan diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang yang juga Pengarah Bengkel iaitu YBhg Tuan Haji Zulkafli bin Kamaruddin.

Manakala pada 25-28 hb Jun, 2014 pula bertempat di Pusat Ko-Kurikulum, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, telah berlangsung pula Penilaian BP Award atau dikenali Anugerah BP. Seramai 66 orang peserta yang terdiri dari Pengakap Kelana dari KLKM, Kelana dari Negeri Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor telah menyertai penilaian ini. Majlis ‘Soft Opening’ telah dilakukan oleh YBhg Dato’ Paduka Haji Abdul Shukor Bin Mohsin, Pesuruhjaya Latihan Negara.

Pada sebelah petang Jumaat 27hb Jun 2014 telah berlangsung satu majlis pengkalungan manikayu dua butir dan 3 butir di Dewan Kuliah A, IPG Kampus Pulau Pinang. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Tuan Haji Mohd Radhi Bin Johari – Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MLKLM/IPGM/KPM

Menurut Tuan Mejor Mohd Khir Bin Muda, Ketua Penilai BP-Award Kebangsaan, pada kali ini peserta telah diuji dengan ujian temuduga dan juga dihalusi kandungan laporan dalam buku log mereka. Selain dari itu, peserta didedahkan dengan aktiviti khidmat sosial dirumah orang tua-tua.

Pada malamnya hari yang sama, telah berlangsung upacara pemakaian Rambu Pengakap dan pemakaian Empolet BP-Award. Dari keseluruhan peserta, hanya 59 orang peserta telah lulus dengan jayanya manakal 7 peserta lagi gagal. Majlis pemakaian epolet dilakukan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Shafie Bin Mohd Salleh, Ketua Pengakap Malaysia dan diiringi oleh YH Dato’ Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Selepas jamuan makan malam, majlis diteruskan dengan acara pengkalungan manikayu 2 butir kepada 79 orang Pengakap KLKM. Majlis disempurnakan oleh YH Dato’ Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Pada pagi hari Sabtu, 28 hb Jun, 2014 berlangsung lagi upacara kemuncak bagi Pengurniaan Sijil bagi Anugerah B-P oleh Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang iaitu Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Imej

Penang. On 23rd to 25th of June, 2014 at the Seameo Recsam, Penang a 'Scouts of the World Discovery' National workshop was held. A total of 21 participants who were mainly Scout from the past BP Awards across the country participated. The workshop was conducted by Mr. Syd Castelo, Adult Development Director, Asia-Pacific Region from APR Scout Headquarters in Manila. The participants are coming from 5 states including Penang, Kedah, WPKL, Johore and KLKM. The workshop was inaugurated Dato 'Dr. Shahrum Mohammed Bin Osman, National Chief Commissioner, Scouts Association of Malaysia. There are a number of outdoor activities for the workshop when all participants were exposed to social activities from garbage recycling center namely Tzu Chi to mangrove seed planting project in Nibong Tebal, Penang. Workshop closing ceremony was officiated by Dato 'Paduka Haji Abdul Shukor Bin Mohsin, National Training Commissioner.

While on 25th to 28th of June, 2014 at Centre for Co-Curricular, Universiti Sains Malaysia Penang also took place a BP Awards ceremony. A total of 66 participants comprising of KLKM Scout, Rovers from Johore, Penang, Kedah and Selangor have joined this assessment. Ceremony soft opening was done by Dato 'Paduka Haji Abdul Shukor Bin Mohsin, National Training Commissioner accompanied by State Chief Commissioner that also the Workshop Director Tuan Haji Zulkafli bin Kamaruddin.

In the afternoon of Friday 27th June 2014, a 2 and 3 beads wood badge conferment was held inside Lecture Hall A, IPG Penang Campus. The ceremony was also attended by Mr. Radhi Bin Haji Mohd Johari - Chief Commissioner of State MLKLM / IPGMs / KPM

According to Mr. Mejor Mohd Khir Bin Muda, Chief Appraiser BP-National Award, this time the participants were tested with a test such as an interview and also refined the content of the report in their log books. In addition, participants were exposed to the activities of social services to home for the elderly.

The same day evening also held a Scout Tassle wearing and BP-Award epaulette ceremony. Out of 66 total participants, only 59 participants were successful and other 7 participants failed. The epaulette wearing was done by Tan Sri Dato 'Seri Dr. Shafie bin Mohd Salleh, the Chief Scout of Malaysia and accompanied by Dato 'Dr. Shahrum Mohammed Bin Osman, Chief Commissioner of State.

The ceremony proceeded by the conferment of 2 beads Wood Badge to 79 Scouts from KLKM. The ceremony officiated by Dato 'Dr. Shahrum Mohammed Bin Osman, Chief Commissioner of State.

On the morning of Saturday, 28 th of June, 2014 the final highlight of the event was the ceremony of BP Awards certification by His Excellency the State of Penang, Tun Dato 'Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas at the Cultural Hall, Universiti Sains Malaysia Penang.

Images
10th Asia Pacific Regional Air / Internet Jamboree
29/06/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama sama ini dikepilkan surat siaran mengenai 10th Asia Pacific Regional Air / Internet Jamboree untuk makluman dan tindakan Tuan / Puan.

Lampiran

DBKL sedia bantu anjur Jambori Kebangsaan 2015
26/06/14
Oleh: MOHD. AZRAIE MD. YUSOF

KUALA LUMPUR 26 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersedia untuk membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menganjurkan Jambori Kebangsaan pada tahun hadapan yang dijangka akan disertai oleh 7,000 pengakap dari dalam dan luar negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penganjuran program sihat daripada pelbagai pihak khususnya PPM dalam usaha untuk lebih `menghidupkan’ ibu kota tersebut.

``Kita akan membenarkan Taman Metropolitan Batu atau Taman Metropolitan Kepong untuk dijadikan sebagai tapak jambori di samping membantu menyediakan kemudahan-kemudahan asas lain seperti air dan tandas.

``Apa yang penting, kita mahukan Kuala Lumpur khususnya taman-taman tersebut supaya sentiasa diisi dengan pelbagai program. Kita tidak mahu ia dibiarkan sunyi seterusnya mengundang perbuatan tidak sihat seperti jenayah dan vandalisme,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Jambori Metropolitan Kuala Lumpur 2014 anjuran PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Metropolitan Batu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abdullah Yunus, Pesuruhjaya Program Negara PPM, Amir Hamzah Aman dan Ketua Pegawai Operasi Ibu Pejabat PPM, Mohd. Zaki Nuruddin.

Jambori Metropolitan Kuala Lumpur 2014 yang bermula sejak 21 Jun lalu disertai seramai hampir 300 pengakap daripada 16 kontigen termasuk dari Indonesia, Brunei dan Filipina.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal menjemput PPM khususnya dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyumbang tenaga bagi menjayakan program menanam 30,000 anak pokok anjuran DBKL di sekitar bandar raya itu.

``Saya fikir program seperti ini bagus untuk pengakap yang cukup dikenali dengan kesukarelawanannya. Bila anak-anak muda ini menyumbang sesuatu kepada Kuala Lumpur, mereka akan ada rasa semangat patriotisme dan cintakan Kuala Lumpur.

``Program seperti ini dapat memupuk nilai-nilai positif kepada pelajar-pelajar sekolah amnya dan pengakap khususnya,’’ ujarnya.
Malaysia sedia anjur Persidangan Pengakap Sedunia
19/06/14
Malaysia menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Sedunia Ke-41 dan Forum Pengakap Muda Sedunia Ke-13 yang dijadualkan berlangsung pada 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap, pertubuhan pengakap di negara-negara lain memberi sokongan terhadap hasrat Malaysia itu.

"Saya berharap pengundian yang bakal dijalankan di Slovenia hujung tahun ini akan memihak kepada Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Pejabat Biro Pengakap Dunia di Menara Sentral Vista di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Presiden Filipina, Jejomar C. Binay; Setiausaha Agung Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM), Scott Teare; Ahli Jawatankuasa WOSM, Simon Hang-Bock Rhee dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh.

Pejabat baharu Biro Pengakap Dunia itu berfungsi sebagai pusat khidmat bagi operasi antarabangsa WOSM.

Perdana Menteri turut menyatakan kegembiraannya dengan keputusan Biro Pengakap Dunia untuk memindahkan operasinya ke Malaysia.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua," ujarnya.

Beliau menyifatkan pertubuhan pengakap yang mempunyai lebih 40 juta ahli di 162 negara sebagai pergerakan yang berupaya membawa perubahan dalam kehidupan manusia.

Sementara itu, pejabat yang menempatkan sebanyak 30 kakitangan dari pelbagai negara itu berfungsi sebagai pusat khidmat bagi operasi antarabangsa WOSM.

Dengan pembukaan pejabat tersebut, rangkaian hubungan antara pejabat-pejabat Biro Pengakap Dunia yang lain di Brussels, Kaherah, Kiev, Geneva, Manila, Nairobi dan Panama City menjadi semakin meluas.

Langkah itu membolehkan WOSM yang berpangkalan di Geneva berkomunikasi dengan pertubuhan-pertubuhan pengakap kebangsaan di sebanyak 162 negara di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Scott Teare berkata, sebanyak tujuh bandar raya telah disenarai pendek dan Kuala Lumpur akhirnya dipilih sebagai lokasi Pejabat Biro Pengakap Dunia yang baharu.

Enam bandar raya lain yang turut disenarai pendek adalah London, Dubai, Bangkok, Geneva, Paris dan Singapura.

"Kuala Lumpur dan WOSM mempunyai gabungan yang unik. Kota metropolitan ini menonjolkan kehidupan yang moden manakala WOSM menghimpunkan anak-anak muda yang memiliki nilai-nilai murni dan kukuh," katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut.

Sumber Utusan Online


Imej


Second, National JOTA-JOTI Committee Meeting 2014
16/06/14
BP House. A meeting of the National JOTA-JOTI Committee Meeting 2014 was held on 14 th of June, 2014 at 2 pm to 6 pm at BP House, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Nearly 90 percent of all ...the states in Malaysia have sent representatives to participate in this meeting, representatives of relevant known as the State JOTA-JOTI Organizer –SJO.
The formation of the committee is important for managers to make SJO’s in Malaysia will be better prepared and excel in performing activities JOTA-JOTI stations respectively. The formation of this committee is very important for the immediate activities such as APR-Air Internet Jamboree in August and Jota-JOTI World in October. All the SJO’s for the State were honours to rewarded a Certificate of Appointment for the year 2014/2015 and the SJO’s ID-Card for easier to coordinating JOTA JOTI in respective states.

Images

Mesyuarat Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia siri 1 / 2014
10/06/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai mesyuarat Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia siri 1 / 2014 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Rumah BP Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur
Pakaian : Seragam Pengakap No.3

Sebarang pertanyaan mengenai mesyuarat tersebut, Tuan/Puan boleh merujuk terus kepada Saudara Mohd Hilmi - Setiausaha Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan ditalian 012-326 3126.

Lampiran

Jemputan Seminar "Tadbir Urus Cemerlang Edisi ke-7 : Strategi Lautan Biru Dalam Tadbir Urus Organisasi
04/06/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dipanjangkan makluman dari Majlis Belia Malaysia dan UUM mengenai Jemputan Seminar "Tadbir Urus Cemerlang Edisi ke-7 : Strategi Lautan Biru Dalam Tadbir urus Organisasi untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan.

Lampiran

10th Asia Pacific Regional Air / Internet Jamboree
01/06/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama sama ini dikepilkan surat siaran mengenai 10th Asia Pacific Regional Air / Internet Jamboree untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan

Lampiran

Asia Special Jamboree 2014 Outline, Incheon City of Seoul
01/06/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama sama ini dikepilkan surat siaran mengenai Asia Special Jamboree 2014 Outline, Incheon City of Seoul Koreauntuk makluman dan tindakan Tuan/Puan

Lampiran

"Peace and I" Retreat / Workshop
01/06/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama sama ini dikepilkan surat siaran mengenai "Peace and I" Retreat / Workshop untuk makluman dan tindakan

Lampiran

17th International Youth Gathering for Cultural Exchange
28/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai 17th International Youth Gathering for Cultural Exchange, Egypt 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan

Lampiran
International Camp Wonderland Azerbaijan 2014
27/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai International Camp Wonderland Azerbaijan 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Pencalonan Peserta Kursus Lencana API Peringkat Kebangsaan 2014
27/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai Pencalonan Peserta Kursus Lencana Api Peringkat Kebangsaan 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Jambori Metropolitan Kuala Lumpur
21/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya dikepilkan surat siaran mengenai Jambori Metropolitan Kuala Lumpur untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Jemputan kemajlis perasmian Jambori MoP Pengakap sempena sambutan Hari Belia Negara 2014
20/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya dikepilkan surat jemputan berkaitan dengan perkara diatas di rujuk. Mohon jasa baik Tuan/Puan hadir bagi menyokong program yang dijalankan ini.

Lampiran

Surat Kelulusan dan Pelepasan tugas dari Bahagian Sekolah Harian KPM untuk Perak International Jamboree 14
20/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat kelulusan dan pelepasan tugas dari bahagian Sekolah Harian KPM untuk Perak International Jamboree 14 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Surat Kelulusan dan Pelepasan dari Bahagian Sekolah Harian KPM untuk Jambori Selangor
20/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat Kelulusan dan Pelepasan dari Bahagian Sekolah Harian KPM untuk Jambori Antarabangsa Pengakap Selangor untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Colombo Centenary International Scout Jamboree
08/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai Colombo Centenary International Scout Jamboree 2014 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran

Tarikh akhir bayaran yuran 23rd World Scout Jamboree Japan 2015
08/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai tarikh akhir bayaran Yuran 23rd World Scout Jamboree Japan 2015 untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Lampiran 1
Lampiran 2

4th International Patrol Jamboree
08/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya dipanjang surat siaran mengenai 4th International Patrol Jamboree 2014 Korea untuk makluman dan tindakan Tuan / Puan.

Lampiran

Jambori Antarabangsa Pengakap Selangor 2014
08/05/14
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menganjurkan Jambori Antarabangsa Pengakap Selangor 2014. Dibawah dilampirkan juga segala borang serta surat pengumuman

Lampiran

PPM
Pengumuman & Berita
News & Announcement
Hakcipta PPM 1908-2013
Arkib / Archive
Web Site Hit Counter
Forum PPM